Rabu, April 21, 2010

sunnah for today

Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Orang beriman (mukmin) yang (berbadan) kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang beriman yang (berbadan) lemah. Masing-masing ada kebaikannya. Tamaklah terhadap sesuatu yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta jangan bersikap lemah. Jika kamu tertimpa sesuatu musibah, maka janganlah berkata 'Seandainya saja aku berbuat begini dan begini'. Akan tetapi katakanlah, 'Allah sudah mentakdirkan. Apa saja yang Dia kehendaki pasti terjadi'. Ketahuilah bahawa kata 'seandainya' akan membuka jalan bagi syaitan untuk menggoda."

HR: Ibnu Majah (Shahih)

instead of saying IF, we should say ALHAMDULILLAH, ASTAGHFIRULLAH, and ALLAHUAKBAR. Anything that happened or going to happen,is already written inside our Luh Mahfudz. So, just relax, because we know that a great,bright future awaits us. tadehal lah! :) Make the most out of your short life, and don't turn back unless you want to learn from it. Jangan lupa, untuk sentiasa bersangka baik, dengan itu, kita akan terasa lebih dekat dengan Sang Pencipta. :D

Khamis, April 15, 2010

MeNgiMbau KeNanGan...


Salam.. Kali ni sja je nk mngimbau Balik Knangan2 lalu b4 Kta suma smpai JogJa..

Perjalanan Bermula Di KTT...
Walaupun BerlaiNan Kelas,, akhirnya kta bersatu d jogja...cheewaaahhh..hehe





Jalan2 naik bkit d KTT.. Kononya
tmpat lepak stdents Ktt utk cri ktenangan..hehe



Brsama teman2 lps hbis Exam d MSU.. hr last jmpe
suma bdk Indonesia Bound.. Lps tuh suma dh bwk
haluan msing2..wuuu..rindunyeee..



Graduation Dinner..
Tema: Tradisional..hehehe


Gurls Indonesia Bound..


All 1


All 2

All 3

Jeng...jeng..jeng... Tbalah msa utk fly...wuuuuu..
14 Ogos 2009..
Sayonara Malaysia..
Welcome 2 Jogja..


1 je gmbo smpat snap..huhu

Ni Lah aktiviti ktorg slps officially jd student UGM =)


Bngunan KPTU


Riang ria blk kuliah =))))


Makan2


Brgambar D Ketep... Jln2 mse cti sem.. =)

inilah sbhagian drpd aktiviti ktorg d sini buat tatapan rakan2 suma

HikMah BerziKir =)


Firman Allah s.w.t maksudnya

"Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar."
( al-Ahzab 35 )



Dari Rasulullah s.a.w ,
"Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga."
( H.R Muslim)


  • Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
  • Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
  • Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
  • Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
  • Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
  • Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
  • Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.
  • Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
  • Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
  • Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam.
  • Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  • Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
  • Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
  • Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
  • Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  • Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
  • Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
  • Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
  • Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, "ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu".

Khamis, April 08, 2010

layang-layang y melayang...


assalamualaikum w.b.t....

alhamdulillah,setelah sekian lama x sempat meng-update blog,akhirnya pada pagi y hening ni,sy berkesempatan mencoret sesuatu utk tatapan n penghayatan kita bersama..iAllah~


sebelum kita melangkah ke topik utama, ingin saya tegaskan di sini, apa y bakal sy coretkan merupakan sesuatu y benar2 berlaku..tp,iAllah...,ada lah sedikit y saya tokok tambah, sekadar sbg bahan perencah penyedap rasa :p


rakan2 y saya kasihi sekalian,

pernah x kalian bermain layang2?

bagi mereka y tinggal di desa seperti saya, permainan ni sudah sebati dgn jiwa, terutamanya bila tba musim menuai padi..[biasanya, berdasarkan pengalaman sy, tme menuai padi lah angin bertiup agak kuat!heheh.terpulang pada kalian nak percaya atau x :) ] tp,sbnrnya...,dah lama x merasai musim menuai padi sbb dah jrg2 ada kat umah...xpa,xpa..., one day iAllah sy akan merasai lagi pengalaman cmtu...[ H.O.M.E.S.I.C.K ]


kawan2 pernah tgk x,cmna layang2 tu naik ke atas? mengikut teori kita suma y iAllah betoi,layang2 kalu nak naik ke atas, harusnya terbang melawan arah angin..ya x?hehehe..bagi kalian y mungkin dah lupa cara bermain layang2, n x percaya teori ni, bley la ea...,mai umah sy...kita main layang2 sama2..[ woowooowoot!rasa cm terlebih sweet la pulak nak main layang2 sama2..kah3 :D ] tp,seriously..,jemputlah mai umah sy...kalu sy malas nak main,nnt sy arahkan 3 org adik sy utk main...hahaha...


sy ingat lagi...,waktu kecik2...,kami adik-beradik wat sndiri layang2..,pakai lidi,kertas surat khabar...habis lidi penyapu mak saya gara2 aktiviti kami adik-beradik...n kat setiap bucu layang2, kami lekatkan reben y warna-warni..hahaha..nak tau x dari mana kami dapat reben tu?kami rosakkan bunga teloq y biasanya org bagi tme kenduri kawen! huuu... pernah gak saya salah teknik..,patutnya lekat2 pakai selotep..,tp saya pakai gam! mesti la berat kan?makanya,layang2 saya susah nak naik...hahahah...bila layang2 dah siap, kami pon cari la tali utk layang2 tu...cari punya cari...,x jumpa! n...,saya y nakal ni...,terjumpa kaset lagu kepunyaan ayah saya...x ingat kaset apa...kaset zikir munajat rasanya!hahahah...sy pon amek,n tarik pita kaset tu..[kalian ingat x lagi rupa kaset?ya laaaa,zaman sekarang org bukan layan kaset dah kan?org layan cd jaaa...zaman dah maju babe!heheh :p ] pita kaset sgt2 ringan n mudah lah layang2 tu nak terbang...


bila dah siap layang2 tu 100% , kami pon dgn bangganya berjalan ramai2 ke kawasan lapangan belakang umh..biasanya adik saya laaa y akan diarahkan utk pegang layang2 tu..bucu atas layang2 tu mesti dihalakan ke atas...abg sy akan pegang tali layang2, kira2 100m di hadapan adik sy..1, 2, 3.....lariiiiiii! abg sy pon lari sekuat hati...,siap dgn gaya atlet pecut negara..kah3..sy ingat lagi, muka abg sy...,lari laju2 sambil mulut tersenyum...kah3..lawak la abg ni! sy n 2 org lagi adik sy,just jd tukang sorak pemberi smgt...heheh..kaklong sy x join sbb kaklong dah masuk asrama since form1..pernah gak,sy diamanahkan utk pegang layang2..nak dijadikan cerita, sy pegang terlalu kuat,n bila abg or adik sy lari, layang2 tu terputus!pstu kena laaa wat layang2 baru..heE~ tp,b4 main layang2 kena la kenal pasti arah angin..sbbnya,kami akan berlari menentang arah angin...


hehehe..kalu nak diikutkan, bnyk lagi benda y saya nak cta..,tp,xpa laaa.len kali ja la ea...risau pulak kalu kalian bosan..


haaaa, skrg ni..,cuba bayangkan...,kalu kita berlari ikut arah angin tme nak naikkan layang2...apa y jadi ea??? layang2 tu akan berpusing2 ja,n iAllah xkan terbang ke atas...


kaitkan pulak hidup kita dgn layang2 td...angin tu kita analogikan sbg dugaan n cabaran hidup...

utk kita naik ke atas, kita harusnya menentang n berdepan dgn cabaran y mendatang..ya x?


sbbnya,

LAYANG2 HANYA NAIK APABILA MELAWAN ANGIN, BUKAN MENGIKUTINYA...

dan begitulah jua hidup ini, dgn ujian barulah naik darjat kita di sisi Allah...


setiap ujian y dtg, kita smbut dgn tgn y terbuka...tp, dlm masa y sama...,kita muhasabah diri kita semula...cari di mana kesilapan diri...,mana tahu kan, ada dosa2 y kita lakukan tanpa kita sedar..ya x? n cubalah perbaiki diri...[ ni peringatan utk diri sy jugak ya~ :D ]


meh kita share satu cerita..,nak x?

-ada 2 org sahabat baik y bernama Daun n Bunga...Daun tinggal kat tingkat atas bangunan, manakala Bunga tinggal kat bawah..Daun ni, hari2 dia nak panggil Bunga..,tp Bunga xpernah pon pandang ke atas...Daun meraba2 poket bajunya...haaaa!ada syiling...Daun pon baling syiling2 tu dgn harapan Bunga akan pandang ke atas..tp,hmpa...Bunga leka mengutip syiling2 y bertaburan...Daun baling lagi...Bunga semakin leka mengutip...last2, Daun nampak seketui batu..Daun amek batu tu..n baling..BEDEBUUUUUSH! kena si Bunga..then, baru lah Bunga tersedar, n pandang ke atas-


kisah kat atas ni, fikir2kan lah yaaaa~ :)


'dan bersegerakanlah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu n mendapatkan syurga y luasnya seluas langit dan bumi y disediakan bagi org2 y bertakwa, iaitu org2 y berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan org2 y menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) org lain. dan Allah mencintai org y berbuat kebaikan.dan (juga) org2 y mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa2nya, n siapa lagi y dapat mengampuni dosa2 selain Allah? dan mereka tidak meneruskan dosa itu, sdg mereka mengetahui...'

[ Ali 'Imran : 133-135 ]

Selasa, April 06, 2010

11 GoloNgaN yg Didoakan Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk antara org2 yg ddoakn malaikat =).

Ahad, April 04, 2010

Exam Datang Lagi

Ingat tak apa yang kita dapat masa ISK, tentang bagaimana kita semua diperkuda-kudakan? Hidup kita sebagai student ni p0k0knya study 24/7...”mesti sc0re! Mesti sc0re!...”
sampai kita lupa tugas kita yang sebenar atas muka bumi ni. Kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu”

[Az-Zariyat:56]

Hidup kita sebagai student memang tak b0leh lari dari exam. 0leh itu, marilah kita jadikan exam sebagai salah satu jalan kita untuk beribadah kepada Allah. Ape2 pun NIAT KERANA ALLAH...

Waktu study leave…

1. Tajdid niat kita belajar untuk mendapatkan ilmu Allah bukan semata-mata untuk peperiksaan
2. Mengamalkan solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat
3. Membaca surah Yasiin setiap kali selepas subuh
4. Berusaha mendapatkan qiamullail dan rajin tunaikan solat sunat hajat
5. Minta maaf pada rakan-rakan dan guru-guru tidak kira pernah membuat salah ataupun tidak dan minta didoakan kejayaan kita.
6. Memperbanyakkan doa pada Allah dan yakin bahawa hanya Allah tempat kita bergantung
7. Elakkan daripada melakukan banyak dosa kerana ia akan menggelapkan hati kita

Ketika menjawab soalan...
8. Mohon redha Allah
9. Mengamalkan solat sunat dhuha untuk memurahkan rezeki kita
10. Menjaga kesihatan

Sehari sebelum exam…
1. Telefon ibu bapa minta didoakan kejayaan kita kerana doa ibu terus sampai pada Allah
2. Berdoa semoga hafalan dikekalkan dan dipermudah jawab peperiksaan
3. Solat sunat hajat selepas waktu maghrib atau pada waktu yang lapang
4. Tidur awal supaya dapat bangun subuh awal dan berjemaah di masjid
5. Elakkan daripada banyak berbual-bual kosong dan diganti dengan bacaan Al-Quran

Sejam sebelum exam…
1. Mendoakan kejayaan kawan-kawan tanpa memberitahunya kerana insyaAllah Allah akan makbulkan doa orang yg mendoakan tanpa memberitahu tuan punya badan
2. Keluar rumah dengan niat dan doa supaya tenang menjawab soalan
3. Perbanyakkan selawat sepanjang perjalanan menuju ke dewan peperiksaan
4. Sentiasa mengingati Allah dan yakin Allah akan membantu hambaNya yang sentiasa memohon padanya
5. Memberi sokongan dan galakan pada kawan-kawan yang kelihatan cemas
6. Menenagkan kawan yang kelihatan gelisah
7. Bersyukur kerana Allah mengizinkan kita menjawab soalan dalam keadaan sihat akal yang waras dan badan yang sihat

Sewaktu kertas soalan di hadapan…
1. Niat peperiksaan ini untuk menguji ilmu yang ada dalam dada bukannya hanya untuk lulus semata-mata
2. Berdoa pada Allah agar dipermudahkan menjawab soalan
3. Senyum sentiasa untuk mendapatkan ketenangan
4. Membaca surah Al-Fatihah
5. Baca Ayat Kursi dan Surah Insyirah 3 kali
6. Selawat banyak-banyak

Semasa menjawab soalan…
1. Fokus dalam menjawab soalan
2. Mata jangan meliar melihat orang lain
3. JANGAN MENIRU dan yakin pada jawapan diri sendiri
4. Sekiranya ternampak jawapan orang lain segera beristighfar pada Allah
5. Sekiranya keliru dan terlupa maka selawatlah banyak-banyak
6. Setelah selesai perbanyakkan bertahmid pada Allah (Alhamdulillah) dan yakin kita berjaya menjawab soalan kerana Allah mengizinkan kita untuk lulus berjaya.

Selepas menjawab soalan…
1. Keluar dewan dan menuju ke rumah dalam keadaan sentiasa berterima kasih pada Allah
2. Khabarkan pada ibu bapa bahawa kita sudah berjaya menghabiskan peperiksaan dalam keadaan sihat walafiat
3. Teruskan berdoa dan bertawakal pada Allah agar keputusan cemerlang
4. Lakukan perkara yang sama untuk subjek yang seterusnya

“ Hidup ini bukan untuk peperiksaan..jadi, Istiqamahkan amalan seharian kita untuk membezakan tahap keikhlasan kita pada Allah…”
Peringatan untuk diri sendiri jugak... Ingatlah Allah waktu susah dan senang.

"...Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. ..." [ H R Tirmidzi ]


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


TAZKIRAH : EXAM YANG SEBENAR DAN YANG TERAKHIR

Alangkah baiknya jika semua peperiksaan itu menjadikan kita lebih dekat dengan Allah yang menyediakan kita peperiksaan-peperiksaan kecil supaya kita boleh berlatih sebelum kita berhadapan dengan peperiksaan terpenting dalam kewujudan sebagai insan. Hakikatnya, kita akan berhadapan dengan peperiksaan di alam Barzakh dan di padang Mahsyar tanpa terkecuali.

Sebagaimana kita bersedia dengan peperiksaan-peperiksaan di dunia, begitulah juga kita berhadapan dengan peperiksaan ter’akhir’ kita. Ada yang disiplinnya kuat, sedari awal terus berlari, mempersiapkan diri. Ada juga yang lambat panas, tetapi makin lama makin cergas, berlatih dan bersiap. Bagaimana dengan kita? Apa strategi yang mahu diguna, apa gaya kita, atau adakah kita terus leka sedangkan peperiksaan itu makin mendekati. Cuma bezanya, peperiksaan lain di dunia semua sudah ada tarikhnya sedangkan peperiksaan yang ‘itu’ kita tidak tahu bila.

Ampuni hamba-hambaMu ini, ya Allah. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menghadapi segala peperiksaan, ya Allah. Jadikan peperiksaan yang kami hadapi di dunia menginsafkan kami tentang peperiksaan di MahsyarMu ya Allah. Berikan kami RahmahMu agar kami lulus di dalam peperiksaan sama ada peperiksaan dunia mahupun akhirat, ya Allah. Hanya Engkau yang kami sembah dan... hanya pada Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Perkenankanlah, Amin Yaa Rabbal ‘Alamiin.



*sumber :

Sabtu, April 03, 2010

gratis download.

assalamualaikum wbt,

asik2 tgk ebook medic je,tgk jugaklah ebook ni.heee.

:D

http://www.iluvislam.com/v1/downloads.php

gratis dong!

smoga bermanfaat.