Ahad, April 04, 2010

Exam Datang Lagi

Ingat tak apa yang kita dapat masa ISK, tentang bagaimana kita semua diperkuda-kudakan? Hidup kita sebagai student ni p0k0knya study 24/7...”mesti sc0re! Mesti sc0re!...”
sampai kita lupa tugas kita yang sebenar atas muka bumi ni. Kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu”

[Az-Zariyat:56]

Hidup kita sebagai student memang tak b0leh lari dari exam. 0leh itu, marilah kita jadikan exam sebagai salah satu jalan kita untuk beribadah kepada Allah. Ape2 pun NIAT KERANA ALLAH...

Waktu study leave…

1. Tajdid niat kita belajar untuk mendapatkan ilmu Allah bukan semata-mata untuk peperiksaan
2. Mengamalkan solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat
3. Membaca surah Yasiin setiap kali selepas subuh
4. Berusaha mendapatkan qiamullail dan rajin tunaikan solat sunat hajat
5. Minta maaf pada rakan-rakan dan guru-guru tidak kira pernah membuat salah ataupun tidak dan minta didoakan kejayaan kita.
6. Memperbanyakkan doa pada Allah dan yakin bahawa hanya Allah tempat kita bergantung
7. Elakkan daripada melakukan banyak dosa kerana ia akan menggelapkan hati kita

Ketika menjawab soalan...
8. Mohon redha Allah
9. Mengamalkan solat sunat dhuha untuk memurahkan rezeki kita
10. Menjaga kesihatan

Sehari sebelum exam…
1. Telefon ibu bapa minta didoakan kejayaan kita kerana doa ibu terus sampai pada Allah
2. Berdoa semoga hafalan dikekalkan dan dipermudah jawab peperiksaan
3. Solat sunat hajat selepas waktu maghrib atau pada waktu yang lapang
4. Tidur awal supaya dapat bangun subuh awal dan berjemaah di masjid
5. Elakkan daripada banyak berbual-bual kosong dan diganti dengan bacaan Al-Quran

Sejam sebelum exam…
1. Mendoakan kejayaan kawan-kawan tanpa memberitahunya kerana insyaAllah Allah akan makbulkan doa orang yg mendoakan tanpa memberitahu tuan punya badan
2. Keluar rumah dengan niat dan doa supaya tenang menjawab soalan
3. Perbanyakkan selawat sepanjang perjalanan menuju ke dewan peperiksaan
4. Sentiasa mengingati Allah dan yakin Allah akan membantu hambaNya yang sentiasa memohon padanya
5. Memberi sokongan dan galakan pada kawan-kawan yang kelihatan cemas
6. Menenagkan kawan yang kelihatan gelisah
7. Bersyukur kerana Allah mengizinkan kita menjawab soalan dalam keadaan sihat akal yang waras dan badan yang sihat

Sewaktu kertas soalan di hadapan…
1. Niat peperiksaan ini untuk menguji ilmu yang ada dalam dada bukannya hanya untuk lulus semata-mata
2. Berdoa pada Allah agar dipermudahkan menjawab soalan
3. Senyum sentiasa untuk mendapatkan ketenangan
4. Membaca surah Al-Fatihah
5. Baca Ayat Kursi dan Surah Insyirah 3 kali
6. Selawat banyak-banyak

Semasa menjawab soalan…
1. Fokus dalam menjawab soalan
2. Mata jangan meliar melihat orang lain
3. JANGAN MENIRU dan yakin pada jawapan diri sendiri
4. Sekiranya ternampak jawapan orang lain segera beristighfar pada Allah
5. Sekiranya keliru dan terlupa maka selawatlah banyak-banyak
6. Setelah selesai perbanyakkan bertahmid pada Allah (Alhamdulillah) dan yakin kita berjaya menjawab soalan kerana Allah mengizinkan kita untuk lulus berjaya.

Selepas menjawab soalan…
1. Keluar dewan dan menuju ke rumah dalam keadaan sentiasa berterima kasih pada Allah
2. Khabarkan pada ibu bapa bahawa kita sudah berjaya menghabiskan peperiksaan dalam keadaan sihat walafiat
3. Teruskan berdoa dan bertawakal pada Allah agar keputusan cemerlang
4. Lakukan perkara yang sama untuk subjek yang seterusnya

“ Hidup ini bukan untuk peperiksaan..jadi, Istiqamahkan amalan seharian kita untuk membezakan tahap keikhlasan kita pada Allah…”
Peringatan untuk diri sendiri jugak... Ingatlah Allah waktu susah dan senang.

"...Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. ..." [ H R Tirmidzi ]


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


TAZKIRAH : EXAM YANG SEBENAR DAN YANG TERAKHIR

Alangkah baiknya jika semua peperiksaan itu menjadikan kita lebih dekat dengan Allah yang menyediakan kita peperiksaan-peperiksaan kecil supaya kita boleh berlatih sebelum kita berhadapan dengan peperiksaan terpenting dalam kewujudan sebagai insan. Hakikatnya, kita akan berhadapan dengan peperiksaan di alam Barzakh dan di padang Mahsyar tanpa terkecuali.

Sebagaimana kita bersedia dengan peperiksaan-peperiksaan di dunia, begitulah juga kita berhadapan dengan peperiksaan ter’akhir’ kita. Ada yang disiplinnya kuat, sedari awal terus berlari, mempersiapkan diri. Ada juga yang lambat panas, tetapi makin lama makin cergas, berlatih dan bersiap. Bagaimana dengan kita? Apa strategi yang mahu diguna, apa gaya kita, atau adakah kita terus leka sedangkan peperiksaan itu makin mendekati. Cuma bezanya, peperiksaan lain di dunia semua sudah ada tarikhnya sedangkan peperiksaan yang ‘itu’ kita tidak tahu bila.

Ampuni hamba-hambaMu ini, ya Allah. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menghadapi segala peperiksaan, ya Allah. Jadikan peperiksaan yang kami hadapi di dunia menginsafkan kami tentang peperiksaan di MahsyarMu ya Allah. Berikan kami RahmahMu agar kami lulus di dalam peperiksaan sama ada peperiksaan dunia mahupun akhirat, ya Allah. Hanya Engkau yang kami sembah dan... hanya pada Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Perkenankanlah, Amin Yaa Rabbal ‘Alamiin.



*sumber :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan