ukhuwah fillah abadan abada :)
Khamis, Mac 31, 2011
Sabtu, Mac 19, 2011
4 Kelebihan...
Assalamualaikum...
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat "[Al-Mulk : 2]
Salah satu kriteria orang-orang yang lebih baik amalnya (Ahsanu 'amala) ialah memaksimalkan semua kemampuan dan kelebihan yang dimiliki. Ada 4 kelebihan yang dimaksudkan di sini...
1. WAKTU
Kita semua tidak akan dapat beramal kalau tidak ada waktu..malah, nak buat apa2 pun x b0leh kalau xde waktu...Inilah kelebihan yang Allah bagi.. satu tempoh di dunia yang mana kita juga lah yang menentukan bagaimana ia akan dihabiskan..apakah bermanfaat untuk kita untuk haru akhirat kelak?...
Mari kita ambil Solat Dhuha sebagai contoh. misalnya, hari ini kita ada kelas jam 8..dari pukul 7 sampai jam 8 ada masa yang boleh digunakan untuk menunaikan solat dhuha..yang dikatakan memaksimalkan kelebihan waktu untuk melakukan s0lat dhuha ialah melakukan s0lat tersebut dari jam 7 sampai jam 8....haaaa...1 jam untuk solat dhuha, lumayan tu....boleh jadi jugak masa untuk kita study (dgn niat untuk beribadah kepada Allah =)) lepas waktu isyak sampai pukul 10 malam nanti kita maksimumkan waktu study kita dengan belajar terus...xde selingan untuk tengok movie atau main game untuk menghilangkan mengantuk dan sebagainya...
2. ILMU
ye, kita semua ada ilmu...x kira la ilmu agama ke, kedokteran ke...tapi dah habis baik kah kita manfaatkan ilmu-ilmu ni?...kita tau yang kita dituntut untuk s0lat awal waktu...kalau nak memaksimumkan ilmu ni, makanya, yang paling baik sebelum azan lagi dah tunggu atas sejadah... sama jugak dengan ilmu medik...rasanya yang ni dh faham kot...
3. FIZIKAL
Yang ini gampang aja sih...contoh yang paling mudah ialah solat...sekarang, Alhamdulillah kita semua boleh lagi menunaikan solat dengan sempurna, mampu berdiri dengan baik, rukuk, sujud dan sebagainya...ya, ini kelebihan...ada orang yang tubuh badan dia sakit, dia hanya mampu untuk solat dengan cara duduk, ataupun berbaring....contoh lain...memang sudah disetkan biological clock kita untuk bangun awal pagi...untuk memaksimalkan fizikal kita yang memang dah fresh lebih kurang pukul 2 pagi untuk study, apa salahnya solat tahajjud dulu...
4. FASILITAS
Adei, kalau bahasa melayunya ape ea?...prasarana k0t...ini termasuklah kewangan kita, pakaian, tempat tinggal...sco0ter 0r m0t0r ke...kalau dah ada duit lebih tu, beramal lah dengan sedekah... Kalau ada motor, senang nak ke sana ke mari...tapi, dengan kelebihan mempunyai motor tu, mana tempat yang kita pergi??...dengan siapa?? ingat, di hari akhirat nanti, kita semua akan dipersoalkan tentang harta2 kita...ape ea yang kita buat ngan di0rang?? hmmm....
**************************************
semua kelebihan2 ini sangat penting dalam kita melakukan ibadah...sementara kita semua masih memiliki semua kemampuan dan kelebihan ini, marilah kita beramal...biarlah kita termasuk dalam golongan yang lebih baik amalnya...
-minta maaf kalau x pandai elaborate...ini cuma sedikit perk0ngsian dan juga peringatan buat diri sendiri...wallahu a'lam-
p/s: j0m pergi pengajian!!!
pictures courtesy of google
Jumaat, Mac 04, 2011
Salam Maulidur Rasul..
“ Dan tidak Kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam..”
Surah Al-Anbiya,ayat 107
Pernah 1 ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam 1 majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata Baginda S.A.W...
Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila Saidina Abu Bakar bertanya, baginda menjawab, ‘..aku terlalu merindui saudaraku..’.
Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah, "Bukankan kami ini saudaramu?“
Rasulullah menjawab : "Tidak, kamu semua adalah sahabatku..Saudaraku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sgt mencintaiku... Aku sangat rindu untuk bertemu mereka“....
'Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi, Wahai orang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.‘
(Surah Al-Ahzab ayat 56)
Langgan:
Catatan (Atom)