Jumaat, Mac 04, 2011

Salam Maulidur Rasul..



“ Dan tidak Kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam..”
Surah Al-Anbiya,ayat 107


Pernah 1 ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam 1 majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata Baginda S.A.W...
Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila Saidina Abu Bakar bertanya, baginda menjawab, ‘..aku terlalu merindui saudaraku..’.

Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah, "Bukankan kami ini saudaramu?“

Rasulullah menjawab : "Tidak, kamu semua adalah sahabatku..Saudaraku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sgt mencintaiku... Aku sangat rindu untuk bertemu mereka“....

'Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi, Wahai orang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.‘
(Surah Al-Ahzab ayat 56)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan