Ahad, Februari 28, 2010

macam mana kamal ataturk mati.

Salam,kan kak dina ada ceritakan pasal kamal mustafa ataturk ni, and camne dia mati, ni mmg lagi detail lah death die yang agak teruk. heee,semoga memberi manfaat and menambah ilmu.
source: http://www.sabahdaily.com/2009/06/kamal-ataturk-mati-hina/

Kamal Ataturk Bapa Sekular Turki Menerima Penghinaan Allah Dikala Matinya. KEJAHATAN dan keganasan Kamal Ataturk menghancurkan umat Islam di Turki begitu dahsyat sekali. Sekiranya Kamal Ataturk ini lahir di zaman adanya rasul iaitu ketika wahyu masih ada, tentunya namanya akan disebut seperti Firaun, Namrud dan Abu Lahab.
Keingkaran dan kejahatannya menentang Al-Quran dan Sunnah di zaman moden ini telah diabadikan dalam sejarah sepertimana terabadinya kejahatan Namrud dan Firaun yang menentang ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran.
Al-Quran telah menerangkan bagaimana bentuk pembalasan yang Allah telah turunkan kepada Qarun, Firaun dan Abu Lahab. Allah menghinakan mereka kerana penghinaan mereka terhadap hukurn Allah.



Penghinaan ini menjadi pengajaran sepanjang zaman. Ini adalah pengajaran bagi setiap penguasa atau pemerintah berhati-hati supaya tidak mendustakan hukum Allah dan berlaku zalim. dengan kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T.



Cara kematian yang Allah telah datangkan kepada mereka amat tragis sekali. Mereka mati dengan cara yang aneh sekali. Contoh nya Namrud, mati kerana sakit otak akibat dimasuki oleh seekor nyamuk melalui telinganya. Setiap kali ia menjerit, doktor peribadinya memerintahkan dipukul kepalanya dengan kasut untuk mengurangkan kesakitannya. Setelah lama bergelut dengan sakratul maut, akhirnya beliau mati dalam keadaan terseksa dan terhina. Begitu juga dengan Firaun yang mati lemas di dalam laut.



Jadi, tidak hairanlah kalau Kamal Ataturk turut menerima pembalasan yang sama setimpal dengan pembalasan yang diterima oleh Namrud dan Firaun. Apa yang dideritai oleh Kamal Ataturk menjelang kematiannya tidak kurang dahsyat daripada kematian yang dihadapi oleh Namrud dan Firaun. Seperti penzalim-penzalim terdahulu, Allah tidak membiarkan mereka tanpa mendapat pembalasan ketika hidup di dunia lagi.



Begitulah yang telah terjadi kepada Kamal Ataturk. Mengikut catatan. dalam buku-buku biografinya, malah yang ditulis sendiri oleh peminat-penminatnya, Kamal telah mati akibat ketagihan arak. Tetapi penyakitnya bukan itu sahaja. Malah pelbagai sakit lain yang begitu aneh telah dihadapinya. Beliau pernah diserang dengan penyakit kelamin, malaria dan sakit buah pinggang. Tetapi secara rasminya kematiannya disebabkan. sejenis penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak.



Walaupun beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 tetapi beliau mula diawasi oleh seorang doktor peribadi yang mengikut ke mana sahaja ia pergi semenjak 19 Mei 1919. Sungguhpun begitu, hingga ke akhir hayatnya, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat. Manakala rakyatnya terus menganggap Kamal Ataturk di tahun-tahun akhirnya sebagai seorang yang penting dan kuat. Kemampuan seksnya sudah terlalu lemah kerana banyak minum arak, tetapi beliau terus memburu wanita. Walaupun pengalaman wanita yang merelakan diri mereka kepadanya mengatakan Ataturk sekadar memandikan mereka dan selepas itu beliau tertidur.



Ataturk di akhir usianya sering ke kasino dan parti, berlagak seperti orang sihat, tetapi bila pulang menjadi begitu keletihan dan kelesuan. Beliau diserang dengan penyakit radang paru-paru (pneumonia) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di Bursa.



Ada juga pakar jiwa yang mengatakan sikap Ataturk yang kuat minum (walaupun tahu itu adalah berbahaya) ialah tindakan membunuh diri. Ketika tibanya tahun 1937 telah berlaku suatu perubahan fizikal yang sangat ketara kepadanya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat. Wajahnya kelihatan pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Waktu itu beliau sangat takut tinggal keseorangan dan sangat marah bila ditinggalkan bersendirian. Orang kanan Ataturk, Celal Bayar, mengatakan Ataturk mudah naik darah dan sering kebimbangan di akhir hayatnya. Beliau menjadi nyanyuk. Árahannya bertukar-tukar dengan sekejap masa.



Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun beliau telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menterínya, Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang. Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara.



Kulit di tubuh badannya berkedut dengan cepat dan díganggu pula oleh penyakit gatal-gatal. Doktor-doktor sudah memberi bermacarn-macam krim untuk disapu pada kakinya yang sudah calar balar dan luka-luka kerana digaru oleh kukunya. Walaupun begitu beliau masih angkuh. Di akhir-akhir hayatnya iaitu ketika menderita sakratulmaut, beliau dibawa ke tengah laut dengan botnya. Tetapi bila diangkat ke darat, beliau tidak mahu baring di atas stretcher kerana tidak mahu orang lain tahu beliau telah lemah.



Sebelum tiba saat matinya, ia telah dibelasah habis-habisan oleh berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau rasa terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan bengkak-bengkak.



Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi. Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan dari Peranchis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kamal Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya.



Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Beliau berasa sangat panas walaupun ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba dipanggil untuk memancutkan air pada dinding biliknya. la minta dipindahkan dari bot besarnya, Savarona, untuk menyejukkan badannya yang sangat kepanasan. Tetapi bila dipindahkan ke istana, beliau berasa bertambah panas.



Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk sangat antikan “ubat-ubat kampung” (Tradisional) dan jampi-jampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengubat penyakitnya. Ini satu tamparan kepada sikapnya yang anti kerohanian dan selalu menganggap bahawa itu adalah ajaran kolot.



Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik Ataturk menahan seksanya semakin kuat (hingga kedengaran ke kawasan sekeliling), beliau dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar. Beliau melalak-lalak kesakitan dalam sakratulmautnya dengan penuh azab di tengah-tengah laut….



Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, beliau mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia.



Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia TIDAK dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Tetapi sebaliknya, mayatnya diAWETkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam.



Selepas 9 hari, barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang berhampiran Dewan Rakyat.



Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan. Sebenarnya, MAYAT ATTATURK TIDAK DITERIMA OLEH BUMI. Oleh sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan. Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini.



Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu. Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan “kepulangannya” kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut. SEBENARNYA MAYAT ATTATURK DIMUNTAHKAN SEMULA OLEH BUMI setiap kali hendak dikebumikan.



Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah.. Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.



Apa yang menimpa Kamal Ataturk masih ringan jika dibandingkan dengan nasib penentang kebenaran yang terdahulu. Kerana kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk di zamannya bukanlah kebenaran yang dijanjikan seperti yang ditentang oleh Firaun, Namrud atau Abu Lahab. Kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah kebenaran yang dijanjikan oleh Allah. Oleh sebab itulah, Namrud, Firaun dan Abu Lahab menerima padah yang begitu dahsyat sekali.



Mujurlah kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk bukan kebenaran yang dijanjikan. Jika tidak, nasibnya akan lebih parah lagi. Kalau ditakdirkan beliau menentang kebenaran yang dijanjikan, beliau akan mendapat pembalasan atas dua sebab, sebagaimana nasib yang menimpa Firaun dan Narnrud.

Pertama, kerana mereka zalim. Kedua, kerana kebenaran yang mereka tentang adalah kebenaran yang dijanjikan. Sedangkan Kamal Ataturk dihukum hanya kerana Satu sebab sahaja iaitu zalim.



Hal ini sesungguhnya satu peringatan yang mesti kita pandang serius disebabkan kita hidup di zaman kebenaran yang dijanjikan. Sesiapa yang menentang kebenaran di Timur “zon kebenaran yang dijanjikan” ini akan menerima nasib yang lebih parah daripada apa yang menimpa Kamal Ataturk. Mungkin bala yang menimpa lebih dahsyat daripada apa yang telah menimpa Namrud, Firaun dan Abu Lahab. Cuma kita tidak tahu bagaimana bentuk penghinaan itu.



Zaman ini berbeza dengan zaman Kamal Ataturk. Kamal hidup bukan di awal kurun, iaitu ketika tidak dijanjikan datangnya seorang mujaddid yang membawa kebenaran yang dijanjikan. Tetapi kini kita hidup di awal kurun ke-15 Hijrah, iaitu di zaman seorang mujaddid muncul membawa kebenaran yang dijanjikan. Justeru itu penentang kebenaran yang dijanjikan kali ini akan Allah balas atas DUA SEBAB, iaitu KERANA ZALIM dan KERANA MENENTANG KEBENARAN YANG DIJANJIKAN. Jadi, bayangkanlah betapa BURUKNYA NASIB penentang kebenaran kali ini.



Era keganasan Kamal Aartuk kebetulan berlaku bukan di awal kurun (mengikut kurun Hijrah) iaitu pada tahun 1920-an hinga 1930-an. Ertinya, Kamal Ataturk hanya menentang kebenaran bertaraf “biasa” bukan kebenaran yang dijanjikan seperti yang dibawa oleh seorang Mujaddid. Zaman Kamal Ataturk juga tidak dijanjikan Islam akan bangkit dalam bentuk yang lebih global iaitu di tahap ummah seperti yang dijanjikan, oleh Allah pada zaman ini.



Oleh sebab itu Allah izinkan juga Kamal Ataturk berjaya mencapai cita-citanya. Matlamatnya hendak menjadikan Turki sebuah REPUBLIK SEKULAR dengan MENAFIKAN ISLAM sebagai “WAY OF life” dalam amalan masyarakat dan perlembagaan negara telah tercapai. Walaupun begitu, Kamal Ataturk tetap menderita dan telah menerima pembalasan kerana kezalimannya. Allah tidak akan membiarkan manusia yang menzalimi manusia lain hidup tanpa pembalasan sebelum tamat riwayatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Dua dosa yang Allah segerakan pembalasannya, iaitu dosa kepada ibu bapa dan penzaliman ke atas manusia lain.”



Justeru itu Kamal Ataturk dimatikan dalam keadaan yang begitu terhina sekali. Beliau mati membawa nama yang begitu jijik sekali. Bukan sahaja orang yang baik-baik tidak menyebut namanya dengan nama terhormat malah orang-orang jahat pun sudah melupakan dirinya.



Tetapi siapa yang menentang kebenaran di awal kurun ke-15 Hijrah ini, iaitu di zaman kebenaran yang dijanjikan, beliau tidak akan berjaya. Musuh Islam setaraf atau lebih jahat daripada Kamal Ataturk sekalipun, tidak akan dapat menyekat kebenaran ini.



Padah yang bakal diterima akan lebih dahsyat daripada Kamal Ataturk. Mungkin selain daripada mati dalam keadaan paling menghinakan (sama seperti Ataturk), perjuangannya, pun tidak akan berjaya. Ertinya, nasib penentang kebenaran yaang dijanjikan zaman ini akan dua kali lebih malang daripada Kamal Ataturk.



Di susun oleh: Umat Prihatin

:D

assalamualaikum wbt~

before mgeluarkan ayat2 yg agak skemarama,okay tak template baru blog kita ni?aku baru je upload,kalau x ske bleh kasitau so nanti aku tukar,request lah nak warne ape.saje pilih hitam putih sebab cam neutral kan.i mean, kalau aku letak pink kang ade yg tak berkenan.hee :D

okay,ini dari aku plak.
mmg nak gune aku sebab x selesa nak gune saya.maaf ye.

jujur sejujur-jujurnya, masa kak dina bagitau ade lagi program ISK ni,cam malassss gile-gile.
sebab-sebab dia:
  1. jadual minggu tu and jadual after program tu cam packed gile,practical bertubi2.
  2. macam malas plak sebab lama sgt plak prepreprepreview nya.
tapi pergi lah jugak akhirnya.yelah,niat mula2 memang tak berapa nak ikhlas (truk giler) and g pun sebab sumer orang pergi.tapi after 3 hari dengan sisters sumer,sumpah,tak menyesal aku pergi program kita tuh.
aku cam mata ni,kena tonyoh2 terbukak dengan kak dina and the geng. selama ni,life yang aku jalankan ni memang lame giler. impian2 and cita2 yang kebudak2an. memang tak extraordinary.yang paling tak boleh blahnyer,bleh plak timeline tuh,cam ape ye,cam meaningless.
nak capai semuanya benda2 keduniaan.kereta,kerjaya,rumah besar,suami,anak2,etc.

hidup ni just cam takde kemuncak bile fikirkan balik.
lagi,aku sedar plak,hidup ni mmg bergelumang dgn dosa2.mgumpat tu macam benda yang normal (sorry kpd y pernah diumpatt :( ), couplecouple tu biasa (sib baik dah takde,alhamdulillah), terpengaruh dengan bende2 lagha kat dunia ni cam drama2 and movie2.balik2 lee dong wook.mmg takde point betol.ade ke bende2 ni akan membawa aku ke syurga nanti?macam la mungkar and nakir tanye ape yang jadi dalam jalan citer my girl.

dulu,main goal buat masa terdekat,ada saya tulis dalam buku organizer : To be a super smart medical student.saya rasa ade gak yang ade goal sama cam saya dulu.skrg,main goal dah berubah : To contribute in making the new Islam Empire.
paling saya suke dalam program tu,is the graph.mmg berkobar meremang bulu roma bile tgk.memang bengang sangat dgn mustafa kamal ataturk.mmg bengang dgn orang2 kafir lain dgn plan dierang yang skrg kita sumer terkene unconsciously.

saya tau saya ni mmg agama tingtong2 sgt.tp,alhamdulillah lah Allah da bagi kesedaran ni.Alhamdulillah sgt2.
skrg ni,it's in the matter of maintaining semangat ni.ya Allah,tolong lah jangan bagi semangat ni pudar.mintak2 lah jangan jadi hangat2 tahi ayam.so kawan2~marilah kita same2 berubah and membantu sesama sendiri berubah menjadi yang lebih baik.basha!

sekarang ni,aku nak jadi antara yang menyumbang dalam agama Allah.yang membantu membina the next tamadun Islam yang hebat.aku nak berdakwah.

dulu,aku selalu ingat cam ceramah2 agama ni just nak suh kita bertaubat and just remind kita bende yang betol and salah.ingatkan rukun2 agama.pastu motivasi diri.kalau tunjuk pasal palestin punya perang2 pun,biasanya yang pemberi ceramah tu pun cakap ape yang kite student ni bleh buat,is to study hard and jadi doctor and g rawat org tu.then pastu?

tu je?tu je?tu je?
yakin ke yang aku ni bleh kekalkan niat tuh?tgk2 last tersgkut kat hospital kerajaan.and okaylah,ubah2,aku nak bekerja sambil beribadah,niat kerja tu kerana Allah.tp yakin ke aku bleh kekalkan niat tuh biler penat keje,dgn tak cukup tido and makan sumer?baru skrg aku fikir.

and baru sekarang aku nampak tujuan hidup aku ni.
and aku nak belajar camne nak ajak org ubah pandangan hidup dierg.
sebab,honestly,ni 1st time aku ade keinginan nak berdakwah.
i used to think cam bende2 ni relate to org yang bertudung labuh saja.

harap2 ade lagi program utk ajar kita semua how to berdakwah!

:D

beritahu muslimah itu

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Antara Dua


Assalamualaikum...

Just nk kongsi pendapat about sesuatu...mulanya aku rasa mcm kenapa aku kena pergi isk ni. Tapi akhirnya aku dapat belajar sumthing yang baru.Aku dah jumpa sesuatu yang aku boleh pegang.Sesuatu yang boleh aku sematkan dalam hati. sesuatu yang aku harap dapat mengubah pandangan aku dan ramai orang. Tapi ini sekadar nasihat untuk aku dan semua yang membaca ...

Ilham tiba2 mencurah ke dalam kepala. Jadi aku balun saja menulis. Apa yg terdetik di dalam hati ini.

Aku terkenang siapa aku sebelum ini dan siapa aku sekarang. Seriously, bagi aku kan, aku lagi sukakan siapa aku yang sekarang biarpun aku dapati semakin kurang orang yang mahu mendekati aku lantaran perubahan yang berlaku pada aku. Tetapi, inilah yang kita katakan ujian dalam perjuangan. Semasa kita mahu berubah, pasti banyak dugaan yang melanda yang seringkali membuatkan kita teragak-agak untuk berubah. Walhal, apa yang penting adalah kekuatan diri sendiri untuk mengubah nasib diri. Bukankah itu yang paling penting?

Antara dua dunia. Dunia yang menyeronokkan, dan dunia yang aku hidup di dalamnya sekarang. Iaitu, dunia yang kurang berseronok tetapi menjadikan aku insan yang melihat sekelilingnya dari pelbagai sudut. Sudut dunia sementara, sudut dunia penimbangan, dan sudut dunia abadi. Iaitu syurga dan neraka. Setiap tindakan yang diambil menjadikan aku berfikir terlebih dahulu daripada ketiga2 sudut tersebut. Dan, keputusan yang aku ambil akhirnya diasaskan kerana dunia abadi. Kerana Allah. Jadi... dunia bagaimanakah yang aku lalui sekarang? Lebih baik ataupun kurang baik?

Inilah dia ujian yang dilalui untuk berjihad ke jalan Allah. Aku cuba yang terdaya. Tidak berkuasa untuk mengambil apa2 tindakan. Barangkali iman di dada masih belum kuat. Tetapi, itulah... petunjuk itu milik Allah. Jika Allah sudah sesatkan mereka, tiadalah terbuka pintu hati mereka untuk menerima petunjuk biarpun aku pertaruhkan nyawa aku untuk membuatkan mereka sedar siapa yang paling berkuasa di dunia ini.

Aku terfikir. Dunia ini terlalu dilimpahi dengan keseronokan, kegembiraan, hiburan. Semua orang mahukan itu. Kegembiraan, kebahagiaan. Itu adalah target yang bagus. Tetapi... berhibur... berhibur... dan berhibur... itu bukanlah kebahagiaan pada dunia abadi kelak. Bila berhibur, lupa Allah. Lupa tanggungjawab, lupa amanat, lupa dosa, pahala. Di dunia penimbangan kelak beratnya ke dosa akhirnya di dunia abadi terus ke neraka. Menakutkan bukan?

Aku berhibur dan berhibur akhirnya aku sedari aku telah terpalit lumpur. Nah... jika kesedaran itu ada, itu adalah tanda2 orang yang diberikan petunjuk. Pantaslah bertaubat, Allah akan terima. Asalkan benar2 menyesal Allah akan terima. Allah itu Maha Pemurah, Maha Menerima Taubat. Jangan ragu2 siapa anda, apa dosa yang telah dilakukan. Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Jika anda benar2 mengerti yang anda telah berdosa, maka... bertaubatlah. Itulah tanda2 yang anda masih hamba-Nya.

Dengan memikirkan kebesaran Allah saja sudah cukup membuatkan aku terasa malu untuk berpijak dibumi-Nya. Dosa2 aku... masyaAllah... aku rasa tidak terkira banyaknya. Tetapi, aku mencuba... mencuba untuk memohon taubat, memohon ampun. Kerana aku yakin Dia itu Maha Pengampun. Apa keputusanNya, itu adalah di dunia penimbangan kelak. Tetapi, aku mahu sekali mengajak sahabat2 untuk bertaubat bersama2 aku. Mungkin esok atau lusa kita tiba2 diserang penyakit strok, sudah lumpuh satu badan. Tidak boleh bersolat lagi. Ataupun tiba2 kita dibisukan oleh Allah. Sudah tidak boleh mengaji lagi. Tiba2 kita kemalangan, hilang penglihatan, pendengaran, sudah tidak dapat melihat ayat2 Al-Quran, mendengar kalimah suci Al-Quran dan selawat ke atas nabi. Ataupun tiba2 Allah ambil nyawa di badan... tak sempat bertaubat, tak sempat mengucap dua kalimah syahadah. Mati dalam kekufuran. Mendapat sorak-sorai syaitan. Mahukah?

Ini semua terpulang pada diri sendiri... liberalism telah memakan pemikiran rasionaliti islam dan membuatkan umat islam berpaling daripada Tuhan-Nya sendiri... matlamat menghalalkan cara, sedangkan dalam Al-Quran telah ditetapkan bagaimana cara2 untuk matlamat2 yang ada. Mungkin ada yang memikirkan aku riak, aku takbur... tetapi sejujurnya aku tidak kisah dengan mana2 pendapat. Apa yang aku tahu, ini hasrat hati aku yang jujur yang ikhlas. Yang menilai bukanlah manusia... yang menilai hanya Allah yang satu. Yang mengetahui isi hati aku lebih daripada sesiapa saja di dunia ini. Jika aku menipu... itu hanyalah antara aku dengan Dia.

Setiap hari yang aku lalui, aku sering takut. Takut membuat dosa. Tiada manusia yang dapat lari daripada dosa. Begitu juga aku. Setiap manusia melakukan dosa, dan kesalahan. Itulah tandanya kesempurnaan Allah. Yang sempurna hanya Allah. Dan, atas sifat-sifat-Nya yang baik dan sempurna itulah, Allah yang Maha Pengampun menerima taubat sesiapa saja yang ikhlas meminta daripada-Nya... Jadi, mengapa masih ragu2? Tidak rugi apa bersujud menyembah-Nya dan meminta taubat. Tidak rugi apa2... malah, lebih banyak berkat yang akan didapati. Percayalah... Allah itu ada. Allah itu satu. Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Percayalah... sekali kita dapat merasakan kasih-sayang Allah, selamanya kita akan berada dalam lindungan-Nya. Melainkan kita menzalimi diri sendiri, mengingkari Allah, menderhakai Allah, memalingkan diri daripada Allah... dan dari detik itulah, kita sendiri yang mencari bala. Sesungguhnya, Allah tidak pernah menzalimi sesiapa di dunia ini. Allah telah menyediakan semuanya untuk kita. Tetapi mereka yang tidak tahu bersyukur, tidak tahu berterima kasih, dan mahu bersekongkol dengan agenda syaitan dan iblis... mereka itulah golongan orang2 yang zalim. Dan Allah paling membenci orang2 yang seperti ini. Tepuk dada tanyakan iman. Jangan tanyakan syaitan yang berumah-tangga di hati manusia. Tanya iman. Iman itu jalan ke arah Tuhan yang satu. Allah s.w.t... jangan sahut seruan aku... sahut seruan Allah.

Rintihan Roh

Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.
Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.

Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.

Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)

salam perkenalan..


assalamualaikum..
sampaikanlah ilmu walaupun sekadar satu ayat ..ya x? [ (^_^)v ]
kami angkatan 09 sekadar ingin berkongsi sedikit sbnyk ilmu y kami ada..semoga ini menjadi platform utk kita slg mengingatkan~kawan2 jgn segan2 untuk berkongsi ilmu kalian ya~
kerna ini blog KITA..~