Assalamualaikum...
Just nk kongsi pendapat about sesuatu...mulanya aku rasa mcm kenapa aku kena pergi isk ni. Tapi akhirnya aku dapat belajar sumthing yang baru.Aku dah jumpa sesuatu yang aku boleh pegang.Sesuatu yang boleh aku sematkan dalam hati. sesuatu yang aku harap dapat mengubah pandangan aku dan ramai orang. Tapi ini sekadar nasihat untuk aku dan semua yang membaca ...
Ilham tiba2 mencurah ke dalam kepala. Jadi aku balun saja menulis. Apa yg terdetik di dalam hati ini.
Aku terkenang siapa aku sebelum ini dan siapa aku sekarang. Seriously, bagi aku kan, aku lagi sukakan siapa aku yang sekarang biarpun aku dapati semakin kurang orang yang mahu mendekati aku lantaran perubahan yang berlaku pada aku. Tetapi, inilah yang kita katakan ujian dalam perjuangan. Semasa kita mahu berubah, pasti banyak dugaan yang melanda yang seringkali membuatkan kita teragak-agak untuk berubah. Walhal, apa yang penting adalah kekuatan diri sendiri untuk mengubah nasib diri. Bukankah itu yang paling penting?
Antara dua dunia. Dunia yang menyeronokkan, dan dunia yang aku hidup di dalamnya sekarang. Iaitu, dunia yang kurang berseronok tetapi menjadikan aku insan yang melihat sekelilingnya dari pelbagai sudut. Sudut dunia sementara, sudut dunia penimbangan, dan sudut dunia abadi. Iaitu syurga dan neraka. Setiap tindakan yang diambil menjadikan aku berfikir terlebih dahulu daripada ketiga2 sudut tersebut. Dan, keputusan yang aku ambil akhirnya diasaskan kerana dunia abadi. Kerana Allah. Jadi... dunia bagaimanakah yang aku lalui sekarang? Lebih baik ataupun kurang baik?
Inilah dia ujian yang dilalui untuk berjihad ke jalan Allah. Aku cuba yang terdaya. Tidak berkuasa untuk mengambil apa2 tindakan. Barangkali iman di dada masih belum kuat. Tetapi, itulah... petunjuk itu milik Allah. Jika Allah sudah sesatkan mereka, tiadalah terbuka pintu hati mereka untuk menerima petunjuk biarpun aku pertaruhkan nyawa aku untuk membuatkan mereka sedar siapa yang paling berkuasa di dunia ini.
Aku terfikir. Dunia ini terlalu dilimpahi dengan keseronokan, kegembiraan, hiburan. Semua orang mahukan itu. Kegembiraan, kebahagiaan. Itu adalah target yang bagus. Tetapi... berhibur... berhibur... dan berhibur... itu bukanlah kebahagiaan pada dunia abadi kelak. Bila berhibur, lupa Allah. Lupa tanggungjawab, lupa amanat, lupa dosa, pahala. Di dunia penimbangan kelak beratnya ke dosa akhirnya di dunia abadi terus ke neraka. Menakutkan bukan?Aku berhibur dan berhibur akhirnya aku sedari aku telah terpalit lumpur. Nah... jika kesedaran itu ada, itu adalah tanda2 orang yang diberikan petunjuk. Pantaslah bertaubat, Allah akan terima. Asalkan benar2 menyesal Allah akan terima. Allah itu Maha Pemurah, Maha Menerima Taubat. Jangan ragu2 siapa anda, apa dosa yang telah dilakukan. Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Jika anda benar2 mengerti yang anda telah berdosa, maka... bertaubatlah. Itulah tanda2 yang anda masih hamba-Nya.
Dengan memikirkan kebesaran Allah saja sudah cukup membuatkan aku terasa malu untuk berpijak dibumi-Nya. Dosa2 aku... masyaAllah... aku rasa tidak terkira banyaknya. Tetapi, aku mencuba... mencuba untuk memohon taubat, memohon ampun. Kerana aku yakin Dia itu Maha Pengampun. Apa keputusanNya, itu adalah di dunia penimbangan kelak. Tetapi, aku mahu sekali mengajak sahabat2 untuk bertaubat bersama2 aku. Mungkin esok atau lusa kita tiba2 diserang penyakit strok, sudah lumpuh satu badan. Tidak boleh bersolat lagi. Ataupun tiba2 kita dibisukan oleh Allah. Sudah tidak boleh mengaji lagi. Tiba2 kita kemalangan, hilang penglihatan, pendengaran, sudah tidak dapat melihat ayat2 Al-Quran, mendengar kalimah suci Al-Quran dan selawat ke atas nabi. Ataupun tiba2 Allah ambil nyawa di badan... tak sempat bertaubat, tak sempat mengucap dua kalimah syahadah. Mati dalam kekufuran. Mendapat sorak-sorai syaitan. Mahukah?
Ini semua terpulang pada diri sendiri... liberalism telah memakan pemikiran rasionaliti islam dan membuatkan umat islam berpaling daripada Tuhan-Nya sendiri... matlamat menghalalkan cara, sedangkan dalam Al-Quran telah ditetapkan bagaimana cara2 untuk matlamat2 yang ada. Mungkin ada yang memikirkan aku riak, aku takbur... tetapi sejujurnya aku tidak kisah dengan mana2 pendapat. Apa yang aku tahu, ini hasrat hati aku yang jujur yang ikhlas. Yang menilai bukanlah manusia... yang menilai hanya Allah yang satu. Yang mengetahui isi hati aku lebih daripada sesiapa saja di dunia ini. Jika aku menipu... itu hanyalah antara aku dengan Dia.
Setiap hari yang aku lalui, aku sering takut. Takut membuat dosa. Tiada manusia yang dapat lari daripada dosa. Begitu juga aku. Setiap manusia melakukan dosa, dan kesalahan. Itulah tandanya kesempurnaan Allah. Yang sempurna hanya Allah. Dan, atas sifat-sifat-Nya yang baik dan sempurna itulah, Allah yang Maha Pengampun menerima taubat sesiapa saja yang ikhlas meminta daripada-Nya... Jadi, mengapa masih ragu2? Tidak rugi apa bersujud menyembah-Nya dan meminta taubat. Tidak rugi apa2... malah, lebih banyak berkat yang akan didapati. Percayalah... Allah itu ada. Allah itu satu. Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Percayalah... sekali kita dapat merasakan kasih-sayang Allah, selamanya kita akan berada dalam lindungan-Nya. Melainkan kita menzalimi diri sendiri, mengingkari Allah, menderhakai Allah, memalingkan diri daripada Allah... dan dari detik itulah, kita sendiri yang mencari bala. Sesungguhnya, Allah tidak pernah menzalimi sesiapa di dunia ini. Allah telah menyediakan semuanya untuk kita. Tetapi mereka yang tidak tahu bersyukur, tidak tahu berterima kasih, dan mahu bersekongkol dengan agenda syaitan dan iblis... mereka itulah golongan orang2 yang zalim. Dan Allah paling membenci orang2 yang seperti ini. Tepuk dada tanyakan iman. Jangan tanyakan syaitan yang berumah-tangga di hati manusia. Tanya iman. Iman itu jalan ke arah Tuhan yang satu. Allah s.w.t... jangan sahut seruan aku... sahut seruan Allah.
Ahad, Februari 28, 2010
Antara Dua
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan