Selasa, Mac 30, 2010
L.O.V.E
Ahad, Mac 28, 2010
rumah. :D
hihi memandangkan ada yang bakal pindah nanti,aku puin carilah info2 utk kegunaan bersama nanti.
harap dimanfaatkan bersama2 yaa.
cik roda,catat!
:D
nnt kalau kitrg da pindah,jemput dtg yaaa :D *excited*
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Article di ambil dari: http://soaljawab.wordpress.com/
Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:
a. Memberi salam ketika masuk ke rumah.
فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً
“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” - [Al-Nur 24:61]
Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah.
b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan
وعن أبي هريرة أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: سورة البقرة فيها آية سيدة آي القرآن لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسي وكذا
Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ - Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.
c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya.
Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :
Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
(’Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.)
“Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”
Dia juga boleh berkata :
رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا
(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)
“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]
d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah - menjemput jiran baru
Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :
“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.
Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”[1]
——
Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa memasuki rumah secara umum, samada baru ataupun yang lama. Menyediakan jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Islam amat perihatan dari segi menjaga hubungan diantara JIRAN-JIRAN. Walau apa sekalipun bentuk amalan fizikal, Umat Islam digalakkan berdo’a bagi manifestasikan kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu ‘alam
___________________*________*________*________*________*__________________________
Dalam pandangan Islam, ia bukanlah satu perkara yang bersalahan bagi seseorang itu memiliki rumah yang besar dan cantik, asal saja perbelanjaan untuk menghiasinya tidak berlebihan sehingga kepada peringkat melampau atau membazir. Soalnya, apakah ciri-ciri yang harus diberi pertimbangan?
-luas, bersih dan kemas
-terpelihara aurat si penghuni (umpamanya kedudukan pintu bilik tidur dan tandas)
-ruang tamu yang memisahkan di antara lelaki dan wanita
-ruang belajar dan perpustakaan kecil yang selesa, dan sebagainya
Sekiranya berpeluang untuk memilih unit rumah yang akan dibeli, mungkin beberapa faktor luaran dan dalaman lain boleh diambil kira, termasuklah di antaranya:
kedudukan bilik-bilik di bahagian dalam rumah tidak terdedah depada penglihatan orang yang lalu lalang di luar, terutama sekali tingkap bilik dan dapur
usahakan, jika boleh, agar dapat jiran yang mententeramkan, sebagaimana sepotong kata-kata hikmah yang masyhur di kalangan kita: "Lihatlah dahulu siapakah yang bakal menjadi jiran sebelum memilih rumah".
Ketika berpindah rumah pula, ramai di antara kita yang mungkin tidak tahu apakah yang baik dilakukan ketika mereka pertama kali memasuki rumah tersebut.
Ada yang terus mendiami rumah itu dan kemudian mengadakan jamuan dengan membaca doa selamat. Ada yang mengkhatam Quran (membaca seluruh Al-Quran secara bergilir). Ada pula yang mengadakan 'house warming'. Tulisan ayat Al-Quran juga biasa digantung di pintu dan dinding rumah.
Terdapat juga segilintir masyarakat kita yang masih mengamalkan adat lama dengan mengadakan upacara 'menyemah rumah' yang kadangkala tidak sesuai dengan ajaran agama. Ada yang meletakkan sesuatu barang atau 'tangkal' di atas pintu rumah. Misalnya daun-daun berduri, belangkas atau kuda laut.
Antara perkara yang sepatutnya diamalkan, sesuai dengan ajaran agama dan sunnah Rasulullah saw, apabila memasuki rumah baru, termasuklah:
AZAN : Para ulama berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri......"
MEMBACA SURAH AL-BAQARAH : sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Jangan la kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah".
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah saw juga menggalakkan agar: Memperbanyak solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah. Baginda bersabda yang bermaksud "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak solat dan membaca Al-Quran" (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Sedapat mungkin, digalakkan juga agar dilaungkan azan pada setiap waktu solat dan bersolat jemaah.
oleh Ustaz Mohd Murat Md Aris
Majlis Ugama Islam Singapura
Sabtu, Mac 27, 2010
S.A.K.I.T
Maaf yaa temand2 >,<
Minggu ni diri ini memang sangatlah cranky...sebabnye??...SAKIT wisd0m to0th nak tumbuh!! Dengan itu, dapatlah ilham nak tulis t0pik nih....
SAKIT
Kalau sakit, faham2 je lah...mengadu kat parents, kawan2...c0mplain memanjang susah nak study, makan tak kenyang, tidur tak lena and macam2 lagi lah (ye..saye lah tu..) Memang la bila kita sakit kita tak cakap kat 0rg lain, “kenapalah Allah bagi aku sakit...time2 exam pulak tuh...” ... tapi, kalau dah merungut bila sakit, same lah macam kita mempers0alkan Qada’ dan Qadar Allah yang telah menentukan kita untuk sakit. Walaupun mulut tak cakap tapi hati memang dah berbisik macam tu...
Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)
Rasa terpukul...selama ni Allah bagi nikmat, takde pun nak bising2 puji2 Allah dekat semua 0rg. Dah 20 tahun Allah kurniakan nikmat, tapi sakit 2 minggu nak bising...huhu...
Sebenarnya, sakit ni banyak hikmahnya...
Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”
Memang bila sakit baru kita sedar betapa berharganya waktu sihat kita. At the same time, kita akan reflect balik apa yang kita dah buat masa kita sihat dulu...adakah kita melaksanakan tugas kita sebagai hamba Allah??...lepas tu, sakit ni akan jadi waktu istirehat kita untuk atur dan baiki balik p0la hidup kita...insyaAllah..
Untuk p0int yang ke-2, saya bagi anal0gi macam time saya kecik2 dulu. Kalau demam, musti apa2 je yang saya nak parents akan bagi..tapi dua benda fav0urite yang saya akan mintak ialah ais krim yang best dan maggi!! Biasanya, memang tak b0leh...mak saya x tak bagi makan...”ais krim dan maggi tidak baik untuk kesihatan anda”...muahaha... Tapi p0k0knya, Allah sayangkan kita...
Rasulullah pernah mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahwa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya. Best kan??...tapi 0f c0urse la pr0vided that kita tabah dan banyak bersabar..
S0, ape yang kite kena buat?? Kalau sakit, cari ikhtiar...takde sakit yang takde ubatnya kecuali mati...lepas tu, banyak2 bersabar dan berserah kepada Allah... (^^)v
Jumaat, Mac 26, 2010
PeRSaHaBaTan...
Salam...
Kawan2..hri ni mari kta brbicara tntang prsahabatan =)
SaHaBat, KawaN, TemaN... mereka inilah antara org yg trpenting dlm hidup kita.. (selain Family)...Btul x???
Bercakap psl persahabatan,, once kta dh brsahabat dgn seseorang, kta kenalah terima dia seadanya,spt mna dia mnerima diri kita..kan3..
prnah x dgr 1 ayat ni?? Bunyinya cmni:
"Jika anda BERSAHABAT, bersiaplah utk brkorban demi sahabat anda trsebut... Jika anda BERMUSUHAN dgn SAHABAT anda, bersiaplah utk mengalah demi PERSAHABATAN kalian"..
sebenarnya, persahabatan ini sgt indah.. Bnyk yg kta bleh pelajari dr sahabat kita.. bila kita gmbira, pst kta gmbira jka sahabat kita berada d sisi, brkongsi kgmbiraan kta.. jka kta brsedih, pst rasa trharu sbb sahabat kita psti menemani kita walau apa keadaan pun...
nak dpt sahabat yg baik, kta pun knala jd sahabat yg baik... saya ada trbaca rhsia '10 K' DLM prsahabatan:,,,
-Kejujuran
-Kemaafan : bersedialah memaafi shabat kta kalau dy mlakukan ksalahan sbb kta pun bknnya sempurna..btul kan? mnusia ni mmg mmpunyai bnyk klemahan... cma kta sndiri kadang2 x sdr dgn klemahan dri sndiri..
-Keberanian : berani mnasihati sahabat kita, sbb sbgai sahabat,kta mst nak yg trbaik utk dorg kan?
- Kegembiraan : kalau kta gmbira, kngsilah ngan dorg,,mcm tu gak sbaliknya... Bak kata, Kegembiraan kita adalah kegembiraan mereka...cheeewaaahhh..heheh
- Kesedihan : Kalau kwn2 kta sdih,, kta fahamilah dorg.. bglah bahu kta utk dorg brsandar saat dorg kesedihan,mnenangkan dorg...
- Keserasian : Kat sini bknnya brmaksud 'ko cntik,aku mst cntik', 'ko kya, aku pun mst kaya'.. Bkn sama skali sbb kta pun tau mnusia tu Allah jdkan brbeza-beza, tp keserasian tu akn wujud andai kta saling memahami antara 1 sma lain..
- Kecintaan : prasaan cnta ni bkn ssama kkasih ja, tp juga utk sahabat, mcm yg Mahir slalu ckp msa kat KTT , 'Ana uhibbuki' =) ~~~ rindu kat Mahir..huhu
- Kasih-syg
- Keikhlasan : Bersahabatlah dgn seseorang kerana kluhuran budinya, bkn sbb pngkat, hrta or rupa
- Kesetiaan : setialah kpd sahabat dlm apa jua keadaan pun
mmg bkn snang nk terapkan suma elemen ni dlm prsahabatan,, tp ALAH BISa TegaL biaSA..
Ksmpatan ni,, sya nk ucapkan..
SELAMAT HARI LAHIR kpd CIK RODA WARNA yg disayangi,,,,
Moga Hidumu sentiasa Dihiasi DGn sinar2 KEGEMBIRAAN cam wrna2 dlm Roda Warna k?
LUV U dear =)
Dedikasi lgu utk Roda Warna ( trpulang la kpd anda suma nk nyanyi cmna)..hehe
Pertemuan kita d suatu hari
Menitipkan ukhuwah yg sejati
bersyukur ku ke hadrat Ilahi
D atas Jalinan yg suci~~~
Selasa, Mac 23, 2010
nak wish kat membe2 sume...
KeLeBihan SuRah Al-IkhLas
Salam..kali ni sya nk brkongsi tntang apa yg sya bca d iluvislam, tntang kelebihan surah al-Ikhlas.. hanya 3 ayat, ttp mmpunyai bnyk klebihan..mari kwn2 kta hayati surah ini...
- Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
- Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
- Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
- Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
- Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."
Isnin, Mac 22, 2010
pikir-pikir.
happy cik choco ada post sumthing!
td browsing kat http://www.iluvislam.com/
pasal specific punya topic(tapi x jumpa yang betol2 best,kalau jumpa insyaAllah aku share)
tapi jumpa 1 ayat powerrr yang best kaw2.
You know your Islam is in trouble when...
your 'best friend' is a person of the opposite gender yet not your husband or wife.
*dushhhhh*
aduh,sakit plak batang hidung ni.
marilah kita menjadi muslimah yang lebih baik and hebat~
insyaAllah.
seloka untuk renungan...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.
Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..
Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..
Anda telah besedia untuk bercouple jika..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dan muslimah dalam erti kata yang sebenar.
Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai
by ustaz zamri
just for sharing n renungan buat diri sndri yg hampeh n jugak yg lain...so pikir balik kita nie kat mane ye??haih...
"Dan janganla kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra':32)
peringatan.
lama sangat da x post pape dalam ni.
baru semalam,aku dapat berita dr ayah aku,ada sedara yang meninggal.
sedara aku tu meninggal accident,dia tumpang kawan dia naik motor,otw pulang dr kl,then kene langgar dari belakang oleh orang foreigner yang mabuk.
mula2 mmg terkejut gila,sebab hari tu ada gak jumpa sedara ni,walaupun x rapat and x berapa nak kenal,tp tau die baya kurang lebih kita atau lebih muda.
and nyawa dia dah kene tarik pada usia yang sangat muda ni.
mari kita sedekahkan Al-Fatihah utk dia.
aku dgr perkataan mati/meninggal.cam takut.takut gak.
kalau tgk cerita SAW kan,mmg mangsa2 tu diugut dengan perkataan mati,sama ada mati meletup ke apa ke.
kenapa ya kita semua takut mati?
sebab kita ni ada penyakit wahan ke?
sebab kita ni terlalu cintakan dunia ni?and takut akhirat ni?
kalau bagi aku,aku tahu,aku kalau mati..
dosa bykkkk sgt.macam abislah.masuk lah neraka.
tapi mati ni tak bleh betol nak elak.
sebab mmg kat tangan Allah SWT,terserah kepadaNya lah nak tarik nyawa sape-sape pun.
kita selalu terlupa perkataan mati ni.
bila buat aktiviti seharian,mesti duk fikir pe nak wat esok,esok ada praktikal apa,ada exam ape,apa yang kene study.ape yang nak beli.
banyak berangan pasal masa depan lah pokoknya.
bukan nak kata bende tu salah,sebab aku pun sama je,2x5.
tp bila dgr berita tu cam tersentak,aku boleh mati bila-bila je,semua atas kehendak Allah SWT.
yang sedih pasal berita kemalangan tu,sedara aku tu mati sebab orang mabuk yang langgar.
probably dia dah memang hati-hati.
tapi orang punya sikap cuai tu plak.
aku wondering gak camne family dia boleh tak terima berita ni.
mesti marah sangat dengan orang mabuk tu.
tapi teringat cerita cik aisha kemarin waktu usrah.
pasal marah.
kalau kita marah sebab kehilangan orang yang disayangi akibat kecuaian orang lain,kita seolah-olah mempertikaikan keputusan Allah SWT nak tarik nyawa orang kita sayang tu.
aku yakin,ramai yang takut 2 bende ni:
- mati
- kehilangan orang yang disayangi.
aku banyak doa,aku nak jadi anak solehah yang boleh tarik mak ayah aku ke syurga nanti.
number 2 tu.bila fikir,kadang-kadang takut gile nak fikir.sebab top list dalam orang disayangi ialah ibubapa,adik beradik,kawan-kawan...(bf gf tu xpayahhhh la yeeee).cam takut gila nak bayang kehilangan dierg ni nanti.macam mana lah kalau mak ayah da takde nanti?
aku berdoa yang Allah SWT panjangkan umur dierang so dierang pun boleh lah beribadah lebih kat dunia ni.
aku tak tau camne nak face ujian kehilangan dierang.sebab...rasa die mesti berat yang amat.
tapi,Allah SWT akan uji kita semua dengan sesuatu yang Dia tahu yang kita boleh hadapi.
apa yang aku nak sampaikan cumalah satu peringatan yang hidup kita ni boleh berakhir bila-bila je.aku pun selalu gak lupa.so mari kita sama-sama saling ingat mengingatkan.anytime and anywhere.kat jalan raya ke,gempa bumi ke,terjatuh tangga ke,tiba-tiba sakit ke.tapi yang boleh kita buat,ialah utk preparasi diri and juga berhati-hati di mana-mana pun. *yang naik motor and gerek kayh!* :)
and juga.
selalu lah anta msg 'i love u' kat mak ayah.
menunjukkan penghargaan kepada teman-teman baik kita.
mana tau itu yang terakhir.
Sabtu, Mac 20, 2010
gundah gulana..
sedih, tanpa sebab yang aku sendiri tahu,
doa, telah ku baca dengan khusyuk sekali,
tangis, telah ku gugurkan tanpa ku sedari,
hati, berkecamuk mencari jiwa ini.
ya Allah, terimalah hambaMu ini
terimalah doa dan ibadahku
aku terasa kosong,kosong sekali
maafkan aku, leka dengan duniawi
maafkan aku, lalai mengingatiMu
maafkan aku, maafkan aku
dalam otakku sekarang, terbayang-bayang doa-doa yang pernah terlintas di depan mataku.. agar hatiku tidak dibolak-balikkan oleh Allah, agar aku dijauhkan dari fitnah, agar Tuhan menjaga ibubapaku sebagaimana mereka telah menjagaku.. tidak kurang juga doa agar pandangan dan maruahku terjaga.. dan aku kecewa dengan diri sendiri. doa itu penting, aku tak nafikan. tapi usahaku sendiri. ahh. depan cakap lain, belakang cakap lain. aku hipokrit sungguh.
aku benci sifat yang bernama nafsu ini. sebelum kau menghakimi aku, kau perlu sedar, nafsu yang aku maksudkan, bukan nafsu yang kau fikirkan. nafsu bagiku adalah sifat yang jelik, yang ada pada seseorang apabila menginginkan sesuatu sampai buat dia lupa diri. nafsu ada banyak. nafsu harta, nafsu gelaran, nafsu inginkan teman.
tapi aku tetap sayang kawan-kawan . tanpa mereka, aku mungkin tidak mengenal erti emosi dan kasih sayang (echehh). siapa aku dulu, sekarang, dan nanti, banyak dipengaruhi oleh kehadiran mereka. kalau kau rasa kau kawan aku, memang kaulah yang aku sebutkan. aku tak menyimpan apa-apa prasangka buruk sekarang. aku menganggap semua adalah teman, walaupun kau membawa diri ke arah jalan yang aku tak setujui. kau adalah kau, kau yang tentukan hidup kau, dan aku disini, bila kau perlu, bersedia untuk menyambut tangan kau.
nampaknya, aku dah berjaya melalut dan lari dari topik asal. tapi aku tak kisah. aku suka. sebab akhirnya aku dapat menenangkan jiwa aku yang sering dilanda banyak permasalahan yang tak koheren. jika kau berjaya sampai ke tahap ini, kau wajar menerima sebahagian dari hati aku. sebab kau telah tunjuk betapa pentingnya kewujudan aku dalam hidup kau. terima kasih.
Rabu, Mac 17, 2010
taik + jatuh + terkehel = jgn mengutuk!
apa pandangan manusia tentang :
~taik?
1. eeeeuuuw!geli lah~
2. busuk....uwek!nak muntah...
3. elehhhh,geli konon...kita pon antara producer taik plg berjaya gak kan?piiirah!
~jatuh?
1. padan muka.sapa suh jln x pandang bawah....
2. aduh!malunya...
3. tu laaaa,len kali,jln tu...,hati2 la sket...
~terkehel?
1. mana y terkehel?tunjuk sket...
2. alololo....siannya~~
3. alaaaaa,balasan Tuhan la tu..sendiri mau ingat k???!
haaaaa...bermacam2 ragam kan manusia ni...ada pelbagai feedback y diberikan terhadap setiap sesuatu y berlaku..ada y berbentuk destructive, ada y empathy, ada gak y sympathy..
sbnrnya,sy ada kisah y nak kongsi dgn kalian.. KISAH BENAR...,berlaku ke atas diri sy...huuuu~
kisah 1 :
"ishhhh ....geramnya!" ...ni la kata2 y terbit dlm hati sy bila satu kejadian menimpa saya pada satu tengah hari y panas terik...
memang geram tahap kebabooom lah! then,sy pon berjalan ke arah taman...duduk kat situ utk hlgkn rasa geram n terkilan...tba2,srg kawan sy mendekati...sy pon terfikirlah nak share apa y terjadi ke atas diri sy sebentar tadi..baru ja nak bukak mulut...
---> bedepeeeek!
aaaaaAAAaaaa....taik burung!kawan sy gelak sekuat2nya...sy terus cancel nak cta kat dia...tanpa membuang masa,sy pon terus jalan laju2 ke tandas utk membersihkan tudung y terkena najis..huuuuuuuu
kisah 2 :
"burggggg(bunyi sedu)..."
sy pon tanpa memikirkan perasaan kawan sy tu,berkata.."hehehe,org tua2 kata,kalu sedu tu,petanda nak tinggi..."
then, srg lgi teman sy menyampuk.." ko na kate ape sebenarnye ni???ish3..."
nahhhh!sy pon tersedaq...Ya Allah,sian lak kat dia..sory2!!
x berapa lama lepas tu,sy n 2 org rakan p la kantin,nak beli donut...tengah sedap berjalan...tba2...
-----> bedebushhhh!
sy jatuh...!huuuu...siap dgn gaya stunt paling menarik lagi..tau x sy jatuh gaya apa?gaya cam org tgh bersiap sedia nak pecut 100m!huuuuu..malu2x...dh la ramai org kat kawasan tu...rasa cm darah suma mengalir ke muka...lebih parah,kaki sy terkehel...huuuuuu..sakit! [tp,malu mengatasi kesakitan y ada :p ]
kesimpulan:
........~jangan mengutuk..refer lah pada kisah sy y pertama...,x sempat nak mulakan bicara,Allah dh bagi saya satu hadiah y plg bermakna sbg peringatan...
[p/s: kawan2,kalu dok bawah pokok tu,hati2 lah ea? :D ]
........~jangan menyakiti hati org lain....haaaaa,ni refer pulak pada kisah sy y kedua...sy secara x sengaja,mungkin telah menjatuhkan air muka kawan sy, kemudiannya,telah dibayar cash oleh Allah..huuuuuu..insaf2x!
[p/s: kwn sy y sdg sedu tu ialah budak laki batch sy..tu y sy suka hati ja ckp tanpa menghiraukan perasaan dia tu..maaf ya...]
takut x?
aku takut gila (kot) lepas baca terjemahan ni:
....Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatu pun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar. (surah Al Maa-idah ayat 41)
Doa hari ini: Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah segala kekufuran ku.. segala kejahatan ku.. aku harap aku tidak dimasukkan dalam golongan orang-orang yang sesat. Aku takut dengan seksaan nerakaMu ya Allah..maafkan aku ya Allah~ :(
aku berharap sangat akan perubahan, tetapi aku perlu ingat, yang setiap benda harus dilakukan dengan penuh kesabaran, dan tak ada benda yang boleh jadi dengan begitu senang. Cabaran pasti ada, jadi, kita kena tabah dan tak putus asa.
Selasa, Mac 16, 2010
HadiAh MalaM JuMaat
Pengalaman Salih Al Mazi
Assalamualaikum~~~ dh lma x update blog!! Kali ni nk kngsi ckit 1 kisah n mdahan mnjadi pngajaran utk kta semua~~~
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.
Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.
Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.
"Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu lalu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesen pun dari seribu dirham itu yang tinggal.
Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah.
Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan.
Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
Ahad, Mac 14, 2010
SoaL JaWab Iblis Dgn AllAh
1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)."
2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."
3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu, puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yng berkaitan dengannya)".
5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."
6. Tanya iblis lagi: "Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."
7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).
8. kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."
9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?. "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."
10. Kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku? "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."
Khamis, Mac 11, 2010
i'm beginning to open up...mengenang kembali
Aku mula tertanya,bagaimana kita memandang beban hidup kita selama ini?
Sebenarnya bukan berat beban yang membuat kita stress atau tertekan. Tetapi, lamanya kita memikul beban tersebut. Cuba kita angkat segelas air dan bertanya pada diri kita,
“berapa berat agaknya segelas air ini?”
Kita pasti akan menjawab, oh mungkin 200g atau 500g. Tergantung berat gelas dan banyak airnya. Namun hakikatnya, bukan berat air atau cawan yang menjadi masalah kita, tetapi tergantung berapa lama kita mampu bertahan untuk memegang gelas berisi air itu.
Jika kita memegang gelas tersebut selama 1 minit, pasti tiada masalah bagi kita. Tetapi jika kita memegangnya selama 1 jam, lengan kita mula sakit. Berikutnya jika kita pegang selama satu hari, alamatnya ada yang tidur kat hospital.
Mari kita sama2 renung, berat gelas dan air itu sama je. Tapi semakin lama kita memegang, semakin berat terasa bebannya. (mula terfikir, makin lama hidup,makin beban tanggungjawab kita padaNya..hmMm)
Jika kita membawa beban itu terus menerus,sudah tentu kita tidak mampu untuk membawanya lagi. Tapi jika kita angkat gelas itu,kemudian rehat sebentar,lepas tu angkat lagi, pasti tiada masalah bagi kita untuk memegang gelas itu,walaupun selama setahun! ^_^
Apa yang cuba saya sampaikan disini, kita sebagai manusia,perlukan ruang dan masa untuk berehat dan ber’hibernasi’. Apa jua masalah yang kita hadapi, pastikan kita punya sedikit masa dan ruang untuk berundur sejenak,sebelum kita mula melangkah,mencari penyelesaiannya.
Apa lagi bila kita bergelar ‘muslim’. Dari awal,kita telah diajar oleh Allah supaya sentiasa tenang ,sebelum menyambung kembali tugas kita sebagai khalifah dimuka bumiNya ini.
Tidak mengerti?
Itulah solat 5 waktu, yang difardukan oleh Allah kepada kita. Banyak rahsia Allah yang kita tidak mampu selami,namun itulah salah satu dari hikmah solat itu sendiri.
Ditengah2 kesibukan kita mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab (lebih2 lagi sebagai student macam aku ni..exam :( .. ), kita di’seru’ sebanyak lima kali,supaya kita kembali sedar akan fitrah kita yang sebenar.
Kembali kepada fitrah kita yang sebenarnya lemah dan sangat bergantung kepadaNya.
Dengan itu kita akan sedar dan kembali tenang, bahawa setiap beban yang dipertanggungjawabkan kepada kita, sebenarnya kita tidak bersendirian memikulnya.
"Kerana Allah, sentiasa bersama kita."
Rabu, Mac 10, 2010
Oh Mak!!! Oh ABaH......
Assalamualaikum...tngh stdy anat,tba2 tringt lirik lgu nih...
Ibu mithali ibu yg sjati,
Ksih sygmu..pnyejuk hati,
Pngorbananmu dsanjung tnggi,
Jsamu ttp dsanubari...
Satu lagi lagu:
Di suatu hri,ayah brkata,
Jga adikmu ayahkan prgi jauh..
Ku pndang wjah ayah,,
Dahinya ku cium..
Air mata mngalir htiku pilu...
Mak,ayah,mama,papa,abah,daddy,mummy,abi,umi...walau apapun yg kta pnggil,, drjatnya ttp sama..merekalah yg mmbawa kta ke dunia,melahirkan kta,mngasuh kita,mmbsrkan kta shingga mnjadi org yg brguna...kta hnya ada1 ayah n mak,,,tiada yg lain..,,
Emmm..tba2 tringat psl parents..Ya Allah,, rndunya kat mak n abah!!! Bla dh bsr pnjang,,bru tau btapa bsr pngrbanan org tua kta... dulu msa kcik2 slalu ja mlawan.. mak kta A.kta kata B.... tp bla dah dduk jauh, bru kta tau btapa brhrganya kasih syg mak n abah... Bila kta sedih,org yg kta cari mst parents..bila kta gmbira,, kta ingt x dkat mereka ni?? Tpuk dada tnya selera...
Tringat 1st time kat cni..mula2 rsa ssh,,smpai dah was2..btul ke plih jln yg btul ni?? Tp saat tu,mak n abah yg bg nsihat...Kak Una, mak dh buat solat istikharah,kak Una sndiri pun dh buat, Insyaallah,inilah jln trbaik utk kak una..Msa sya kna remed anat utk exm yg kali prtama,, sya nangis kat mak jgk...tp mak slalu bg kta smangat smpai luka n kpedihan tu cpt ja brlalu prgi..
Cba pkir blik,, dulu kalau mak or ayah soh buat sumthing, msti kta kata,,alaaaa mak,, nnti la dulu....alaaaaa...org malas la...soh la org lain...
Tp bila kta sedih,, kita kol mak,, ada x mak ckp.....alaaaa..mak sibuk ni!!! Nnti2 la cita... prnh x mak or ayah kta ckp cmtu?? X prnh kan!!! Msti dorg trus tnya,, knapa ni??? Crita la kat mak@ayah... Kta je yg xprnh sdar slama ni ksih syg yg dorg curahkan utk kta....
Kdg2,kta pkir mak ja lbih prihatin kat kta..Tp,jgn Silap!!! Abah pun sma..cma naluri kebapaan mcm tu kot..jrg nk 2njuk cam mak!!tp saya sdr n sgt trharu bla sya tau yg abah ni mrindui anak dia... dia slalu kol,,tnya khabar,mkn apa....msa blk cti xmas hr tuh,,abah n mak sgtla xcited!! Borak2 ngan mak,, mak cita la.. Abah wktu mkn,,prnh skali tuh dia brhnti suap mknn, n dia ckp kat mak....apala yg anak kta mkn hr ni??waaaa..sdih...smpai wktu nk mkn pun dorg ingat kat kta...
Tiap2 hri mst ada msg dr mak or abah : kak una ok x? Hr ni cmna?mkn apa? Duit ada x? Nk mak msuk duit akaun mna?msia ke indonesia?? Waaaaaa... Trharu2...n bila tringat ksilapan lampau yg slalu mlawan tuh,,rsa brdosa sgt!!!
Lg sdih bla dpt tau,,seorang anak pmpuan ada kuasa utk mnarik ke2 ibu bapanya di akhirat kelak..kalu kta anak yg baik,alhamdulillah..tp kalu kta bnyk buat dosa,,,x ke sdih bila nnt ayah kta kna soal kat akhirat,,”kmu x ajar ke anak kamu ni utk smbhyg,puasa.ttup aurat??”.. MasyaAllah,,jauhkanlah mereka dr azab api neraka..sdgkan msa d dnia, mereka dh cba ddik kta, bagi kta kbahagiaan,,xkan nilah balasan kta utk mereka bawa di akhirat kelak... Bila mninggal anak Adam pun,,hnya 3 prkara yg mngiringinya..ilmu yg baik,sedekah jariah...n... ANAK SOLEH yg mndoakan kbahagiaan mereka di alam sna....
Mdah-mdahan kta suma mnjadi anak yg solehah..Ingatlah!!! Reda Allah trletak pda Reda ke2 ibu bapa kta..bgitu bsrnya pnghrmatan yg Allah brikan utk ibu n ayah...
Prnh trbaca 1 ksah, tjuk dia “Bkan Tdak tega,tp trlalu Cinta”..Crita psal perasaan seorg ayah bila anak prmpuannya nk kwen..Rsanya suma ayah akan rsa bnda yg sama.. cmni la rngkasnya..”..aku mlihat kau mmbsr,jtuh bngunmu...gelak ketawamu..duka laramu...tp kini,kau tlh dewasa...tbalah saat kau utk dlpskn,,,bkn mlawan kehendak tkdir,, tp ssekali, aku trpkir, mmpukah suamimu mnyayangimu spt mna aku mngasihimu whai anak??mmpukah dia sntiasa brsamamu ktika anakku ini dirundung duka??? Bkn aku tdk tega,,tp trlalu cinta..inilah naluri seorg ayah..... sama2 lah kta renungkan pngorbanan mereka yg sgt bsr!!! Jdlah anak yg baik n solehah,,mmpu mbwa mreka ke syurga Allah,,insyaAllah...
Sayang n ksih kta kpda seseorang bleh brubah kecuali syg n ksih ke2 org tua kpd kta... (btul x?buruk atau sejahat mna pun anak itu,,, dia ttp dsayangi ke2 ibu bapa,, )
Renungkan:
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat…
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu…
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang…
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah…
Bila hati kita terguris, kita kata… ”Mak memang xpernah faham.”
Bila hati kita terhiris, kita kata… ”Ayah memang xambil kisah.”
TETAPI
Bila hati mak kita guris, mak kata… ”Tak apa, dia masih muda.”
Bila hati ayah kita hiris, ayah kata… “Tak mengapa, belum sampai akalnya.”
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki…
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena…
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal…
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga…
Kpd kwn2,,, sayangilah ke2 ibu bapa kita smntara mereka msih ada =)
api? panas lah!
Selasa, Mac 09, 2010
mommy daddy,i love you.
lama jugak tak tulis ka sini,maybe sebab busy preparing macam2.nak share sikit pengalaman yang buat aku sebak harini.arini aku stress sebab nak g bandung berjumpa dgn mak ayah.sebab macam2 kene urus,jadual lagi,ticket kapal terbang and nanti sorang2 ke jakarta pastu kne naik kereta 3 jam untuk ke bandung.
mula-mula mmg malas giler nak pergi,sebab tiba-tiba sangat and mendadak.memikirkan lagi nak prepare exam biochem and to think that perjalanan lebih memenatkan dari waktu di bandung tu nanti.dalam hati macam marah-marah and tak puas hati sebab parents insist aku utk pergi.
ticket flight yang da prepare is airasia kul 4.30pm ke jakarta.mula2 nak ambil lion air,tapi xde duit (da pokai after bli perabut) and waktu lion air is pukul 1pm.tutorial plak kul 1-3pm.
so tup tap2.mintak la tutor,awalkan tutorial jumaat tuh,Alhamdulillah dapat.
bile dah bagitau mak.
mak cakap
"la baik naik lion air je hari tu nanti."
aku jawab balik
"xpe la mak,xdelah yasmin rushing nanti"
*berborak pasal hotel and nak shopping ape*
mak sms,
"esok yasmin g beli lion air lah"
!!!!!!!
waaaaah!waktu tu mmg macam hot sangat.tibe-tibe plak suh g bli tiket lain.burn lah tiket airasia,susah2 dapat tukar waktu dgn doktor tuh.haih stressss giler.mulut pun astaghfirullah terkuar bende2 kurang manis.contoh "Aaaaargh!"
aku pun cubalah berbicara baik2 cam cakap esok jadual packed and nak prepare exam so boleh tak just gune airasia.
mak jawab.oklah and a few other things.
masa tu bengang sangat bile fikir cam kenapa lah macam ni.aku da cuba dah nak pergi bandung.kenapa ada je yang tak puas hati.
try lah cari kat alQuran ayat-ayat yang menenangkan.
tak jumpe (maybe terlalu hot time tu)
so mngucap banyak2 nak ilangkan marah.
pastu buka internet.
carilah email itinery dr mak.
and bila aku narrow down email dari mak
paling banyak is email telegraphic transfer dr maybank bile mak masukkan duit.
dari dulu.banyak plak tuh.
sebak.
bile nak sewa rumah mahal2 mintak mak duit berjuta-juta rupiah.
nak bli ni tu ni tu.
ble mak suh susahkan diri skit utk jumpa family.
marah-marah and complain2.
tp nasib baik complain dgn diri and blum tahap myuarakan kat dierang.
huuu,ya Allah,berdosanya aku ni.
anak ape tah.tak kenang tol jasa.
huuuu.
sedih sedih sedih.
nnt jumpa mak ayah nak peluk dierg kuat2.huhuhu
smoga kawan ambik iktibar~
PeSaNan RasulullaH SAW
Assalamualaikum... kali ni nk share ckit psal apa yg sya dpt msa trbaca 1 artikel nih!! sma2 kta manfaatkan ek! \(^_~)/
Ada 10 psan Rasulullah yg mngajar kta mngelakkan tipu daya iblis spaya kta x trjerumus ke lmbah khinaan tnpa kta sedari....
1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan putraku akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira".
2. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah". Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".
3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun". Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".
4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :"Keburukanku jauh lebih banyak daripada kebaikanku".
5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya solatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding solatku".
6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".
7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".
8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".
9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".
10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".