Rabu, Mac 03, 2010

tangisan syahdu

assalamualaikum...
kawan2 penah nangis x???nangis menurut bahasa inggeris ialah cry..menurut loghat utara ialah qeyau...dalam bahasa jawa,org y suka menangis digelar gembeng...[waktu kecil,abg sy srg y gembeng..ups!sory abg~heheheh]
ingt x lagi,kapan kita menangis buat pertama kali?haaa~sy frst tme nangis ketika baru sampai ke dunia..perut mak sy dibelah,n sy pon dilahirkan..mak sy kata,kedudukan sy songsang..oh mak~i luv u!]
setelah itu,bermulalah agenda tangisan sy..sy pernah nangis sbb berebut tv ngan adik2,abg n kaklong sy..sy penah nangis sbb kena rotan ngan mak abah sy..[tp,padan muka sy la..sapa suh melewatkan solat ]..sy penah nangis sbb xdapat no.1...sy penah nangeh sbb jeles ngan adik2 sy sbb depa dapat mainan best2..sy penah nangis sbb stress...sy penah nangis sbb barang ksygn sy rosak..kesimpulannya,sy memang gembeng!heheh
setelah baca post teman2 seperti cik mascara,cik hijaudaun,cik aisya...,tba2 hati kecil sy tersentuh..rasa sebak menguasai diri ini...TERASA DIRI BEGITU BERDOSA...terima kasih kepada kalian kerana mengingatkan sy..dosa sy x dapat dihitung..terlalu bnyk..n infinity~
teringat kata2 srg sister dlm prog sisterhood...
manusia umpama logam..jika baik ketika jahiliah,maka..iAllah, baiklah dia ketika Islam...,sekiranya dia faham...
jahiliah di sini merujuk kepada keadaan di mana dia leka,alpa,tidak tahu,melakukan dosa,etc
cth logam: Saidina Umar

apakah ciri logam?kalian nak tau x???antara ciri2nya ialah:

1.keras

2.boleh dilentur

3.tidak berubah komposisi w'pun berubah bentuk

[sy x reti la nak explain lebih lanjut..hopefully teman2 dapat membantu ya :) ]

apakah pula beza antara 'sedar dan tahu' n 'sedar dan faham' ?menurut pandangan kalian,which one is better?

sedar dan tahu merujuk dimana kita sekadar tahu semata2..manakala,sedar dan faham ialah apabila kita faham akan sesuatu..n kita akan beriman,yakni percaya n patuh dgn bersungguh2...cth keadaan di mana seseorang itu sedar dan faham Islam ialah apabila dia sanggup melakukan apa sahaja,berkorban demi Islam,n berpegang teguh atas kepercayaannya..Sumayyah umpamanya,sanggup berkorban demi akidahnya..

persoalannya sekarang,mahukah kita menjadi umpama logam?marilah kita membentuk diri menjadi seorang y bukan sekadar 'sedar dan tahu' ,tetapi juga 'sedar dan faham'...

ya..hijrah bukanlah sesuatu y gampang...ia memerlukan smgt y teguh,kepercayaan y utuh n keyakinan y penuh kepadaNya...percayalah..kehidupan akan menjadi lebih manis,sekiranya kita faham Islam dan beramal dgnnya...

'Wahai org2 beriman! mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah (utk berperang) di jln Allah, " kamu merasa berat dan ingin tinggal d tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan d dunia daripada kehidupan d akhirat? Padahal kenikmatan hidup d dunia ini (dibandingkan dgn kehidupan) d akhirat hanyalah sedikit ' [At-Taubah:38]

[p/s:tegurlah sy andai ada y tersilap,tersalah..maaf ya~ :) ]

10 ulasan:

  1. salam alaik..
    minta maaf,sekadar nak tambah n perkuatkan..
    yang dibawah ini bukan kata2 tapi satu hadis..tq:)

    teringat kata2 srg sister dlm prog sisterhood...
    manusia umpama logam..jika baik ketika jahiliah,maka..iAllah, baiklah dia ketika Islam...,sekiranya dia faham...

    BalasPadam
  2. ooh..wslm wbt..mekasih ya.... :)
    kalau ada kesalahan kesilapan y sy lakukan,mohon diperbetulkan lagi ya~~

    BalasPadam
  3. salam...

    mekasih...dalam bahasa kelantan...menangis disebut...

    'jjeghik'

    hehe...jazakillah

    BalasPadam
  4. hahahahahaha...cmna nk sebut jjeghik???

    BalasPadam
  5. ehm..bagus2...
    pnh juga dgr hati ini umpama seperti batu..kalau batu itu selalu terkena "air terjun" (bahasa sendirila..)lama2, batu yang keras tue boleh melengkung juga sebab terdedah dengan momentum yang besor dari air terjun...=)

    *roda warna..cra sebutannya lebih kurang cam "jerit" bahsa kedah..tapi lembut sikit..hik2

    BalasPadam
  6. salam...

    dalam bahasa perak, menangis juga dikenali sebagai mengobak (usually tuk budak2 kecik) atau teghiak(teriak)

    -al-iman yazid wa yanfus-

    BalasPadam
  7. hehhehehe...mekasih kepada kalian y sudi berkongsi ilmu :)

    kebelakangan ni, mudah sgt rasa sebak..

    BalasPadam
  8. i.allah linangan air mata itu dapat memadamkan api neraka...

    BalasPadam
  9. bersyukurlah kita krna Allah masih kasi hati yang hidup untuk menangisi dosa2 yang penah kita lakukan sebelum nie.. iaitu hati2 yang masih lagi kurang dgn titik2 hitam..selamat bermujahadah dan selamat beramah..=)

    “ Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu”
    (HR. Tirdmidzi dan Ahmad)

    BalasPadam