Khamis, Mac 11, 2010

i'm beginning to open up...mengenang kembali

aku sebenarnya sedih..aku sangatla sedih..kenapa aku rase cmni??aku tak tahu nak buat ape da..aku sangat lost..sedihnya cmni..banyak sangat benda yang terlintas sekarang..silly me cz skit2x nk sedih..

Exam makin dekat,dan petang tadi,aku terbaca satu coretan yang sedikit memberikan aku semangat untuk terus usaha dalam perjuangan aku. :)

Aku mula tertanya,bagaimana kita memandang beban hidup kita selama ini?

Berat beban atau lama menanggung beban?

Sebenarnya bukan berat beban yang membuat kita stress atau tertekan. Tetapi, lamanya kita memikul beban tersebut. Cuba kita angkat segelas air dan bertanya pada diri kita,

“berapa berat agaknya segelas air ini?”

Kita pasti akan menjawab, oh mungkin 200g atau 500g. Tergantung berat gelas dan banyak airnya. Namun hakikatnya, bukan berat air atau cawan yang menjadi masalah kita, tetapi tergantung berapa lama kita mampu bertahan untuk memegang gelas berisi air itu.

Jika kita memegang gelas tersebut selama 1 minit, pasti tiada masalah bagi kita. Tetapi jika kita memegangnya selama 1 jam, lengan kita mula sakit. Berikutnya jika kita pegang selama satu hari, alamatnya ada yang tidur kat hospital.

Mari kita sama2 renung, berat gelas dan air itu sama je. Tapi semakin lama kita memegang, semakin berat terasa bebannya. (mula terfikir, makin lama hidup,makin beban tanggungjawab kita padaNya..hmMm)

Jika kita membawa beban itu terus menerus,sudah tentu kita tidak mampu untuk membawanya lagi. Tapi jika kita angkat gelas itu,kemudian rehat sebentar,lepas tu angkat lagi, pasti tiada masalah bagi kita untuk memegang gelas itu,walaupun selama setahun! ^_^

Apa yang cuba saya sampaikan disini, kita sebagai manusia,perlukan ruang dan masa untuk berehat dan ber’hibernasi’. Apa jua masalah yang kita hadapi, pastikan kita punya sedikit masa dan ruang untuk berundur sejenak,sebelum kita mula melangkah,mencari penyelesaiannya.

Apa lagi bila kita bergelar ‘muslim’. Dari awal,kita telah diajar oleh Allah supaya sentiasa tenang ,sebelum menyambung kembali tugas kita sebagai khalifah dimuka bumiNya ini.

Tidak mengerti?

Itulah solat 5 waktu, yang difardukan oleh Allah kepada kita. Banyak rahsia Allah yang kita tidak mampu selami,namun itulah salah satu dari hikmah solat itu sendiri.

Ditengah2 kesibukan kita mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab (lebih2 lagi sebagai student macam aku ni..exam :( .. ), kita di’seru’ sebanyak lima kali,supaya kita kembali sedar akan fitrah kita yang sebenar.

Kembali kepada fitrah kita yang sebenarnya lemah dan sangat bergantung kepadaNya.

Dengan itu kita akan sedar dan kembali tenang, bahawa setiap beban yang dipertanggungjawabkan kepada kita, sebenarnya kita tidak bersendirian memikulnya.

"Kerana Allah, sentiasa bersama kita."

akhirnya aku da faham sedikit sebanyak kenapa kita perlu solat...so janganlah kita pandang solat itu sebagai beban..kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg kita x ketahui...

12 ulasan:

  1. salam...
    wahai sahabat,jom kita ingt pesanan n nasihat someone special,beliau berkata,'Allah x pandang siapa kita dahulu..y Allah pandang ialah siapa kita pada masa kini n masa depan..y penting,kita benar2 menyesal akan dosa lampau kita,n bertaubat x mau ulang lagi benda tu...'
    [sbnrnya,aku sndri slalu terbyg dosa2 silam,y mungkin bg org len simple matter,tp,kta y menanggungnya trasa beban dosa..maka,jom berazam n berusaha 2 become a better person~apa y penting? SEMANGAT! ]

    -SAYA SAYANG KAMU WAHAI CIK IJO -

    BalasPadam
  2. kalau rajin..cubala baca artikel nie..best..
    menusuk kalbu...(^^)

    http://www.angelfire.com/clone2/amirahsyuhada/kisahcintaku.htm

    BalasPadam
  3. wah teharunya cik roda...thx ek..
    teharu cik roda bg semangat

    BalasPadam
  4. ehhehehe..mestilah..kita kan dah berjanji setia..kui3 :)

    BalasPadam
  5. apekah? janji setia??
    ye la tu........

    BalasPadam
  6. roda warna...
    apa pula main janji2 setia nie???
    nak juga...=)

    BalasPadam
  7. ok...sy setia kat kamu jugak~heeheh..ups!if only kamu a girl lah ea~kah3 :D

    BalasPadam
  8. hihihi...
    insyaAllah...janji setiamu di terima andai kau masih mengenaliku..fuyoh...(",)

    BalasPadam
  9. cik ijo:jgn la marah... :D

    sahabat: tp,x kenai la..ehemmm2,bley berkenalan?? [lawak ja] :D

    BalasPadam
  10. post yang sangat best.smoga kita semua thabat (tetap) di jalanNya! :)
    bak kata sahabat2 Nabi SAW. bilal, rehatkan kami dengan solat. ^-^

    BalasPadam