Isnin, Mac 22, 2010

seloka untuk renungan...

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah besedia untuk bercouple jika..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dan muslimah dalam erti kata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai

by ustaz zamri

just for sharing n renungan buat diri sndri yg hampeh n jugak yg lain...so pikir balik kita nie kat mane ye??haih...

"Dan janganla kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra':32)

5 ulasan:

  1. dush,dush,bdebushhhh!*kena tepat batang hdooong*

    BalasPadam
  2. sama2//....gedebuk jatuh..huhu..
    akhirnya choco mmbuat kmunculan..

    BalasPadam
  3. choco!!! finally!!!kemunculan yg sudah lme ditunggu!!!!

    emm..btol ckp choco...terasa kot...
    terasa gile r...

    BalasPadam
  4. yayyy!likes this!.
    heeee!
    alhamdulillah keinginan bercouple tuh da hilang lesappppp.
    and keinginan menikah tu masihhh Jauuuuuuuuuuuuh kat planet pluto.
    mantop laa cik choco!

    BalasPadam
  5. suke giler ayt ni...memg memberi kesedaran sebnyk2 ny...
    at last muncul gak cik choco..

    BalasPadam