sementara lagi libur dies natalis (hari jadi fakultas-cuti 2 hari~ alhamdulillah),aku nak selit another preview.mungkin tidak berapa lengkap kerana memory berkurang dan yang dicatat tak begitu banyak.huhu,pada waktu bajet nak focus and faham betul-betul.hihi ternyata mencatat penting juga.takpe,aku cuba tulis juga yea~ kalau ada yang silap mohon diperbetulkan..
kak dina cakap,
bila sesuatu itu tidak digunakan berdasarkan fungsinya,ia akan menjadi tidak berguna.
anda setuju?saya setuju.analogi yang diberi,pensil yang tidak diguna untuk menulis tapi diguna untuk menggaru-garu kaki.eh,apa plak ada guna lah tu!tapi kan cuba anda fikir balik,adakah pensil tersebut didesign dengan tujuan mengaru?adakah lead hitam nya itu mempunyai fungsi mengubati kegatalan?atau kayu itu daripada pohon yang act as itch relieving chemical?tidak kan?
ya,kalau diperbetulkan statement tu,mungkin sesuatu itu berguna,tapi bukan berdasarkan benda itu dicipta.
nah,sama lah seperti manusia.
kalau manusia,yang didesign dengan betapa complex nya.subhanallah,ciptaan Allah sememangnya indah.dari paling kecil,atom-atom yang menyusun sebuah particle,sampai lah organ-organ yang mempunyai fungsi masing-masing di dalam tubuh manusia itu.apakah tujuan semua ini didesign?macam-macam tujuannya.tapi yang jelas,yang kita tahu,yang kita hafal utk dapat A dalam subjek pendidikan Islam waktu SPM.manusia itu dicipta untuk dijadikan khalifah di bumi,beribadah dan menjadi hamba Allah yang setia.
tapi kita faham ke statement tu? (maybe ini akan diterangkan follow up entry yang lain)
kalau manusia yang mempunyai tangan dan kaki untuk bergerak,dan otak untuk berfikir,adakah ia akan berguna sebaik sahaja dia memilih menjadi seorang penagih dadah?mesti anda kata tidak!ya pastilah,tidak kena dengan tujuan designnya.tapi mungkin berguna utk sindiket-sindiket penjualan dadah.ehhe,maaf atas kepoyoan analogi aku ni.tp yang pastilahhhh,dia sudah menjadi tidak berguna lagi.dia cuma boleh contribute kepada sindiket tersebut,bukan kepada orang tuanya,anak-anaknya,isterinya (kalau adalah),kawan-kawannya,masyarakatnya,negaranya,apatah lagi agamanya!
kita sebagai manusia mempunyai tiga tendency.
- tidak menyedari asal usul dirinya.
- tidak menyedari fungsi atau guna diri sendiri.
- tidak sedar tujuan dirinya.
apakah asal usul manusia ini?
what is human made of?tisu2?sel2?gabungan antara sperm dan ovum?haa,macam-macamlah jawapan saintifik diberi.tapi yang jelas Allah SWT dah tunjuk dalam al-Quran.
“Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu)”. (QS. Al An’aam. 2).
“Dan sesungguhnya Kami telah meciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”. (QS. Al Hijr. 26).
“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”. (QS. Al Hijr. 28).
tanah liat kering dari lumpur hitam.
biasanya kita tak pernah pandang bende ni.kalau terkne tangan pun mesti "ewwww!" sama lah aku.tapi diberi peringatan yang kita tidak superior mana walaupun dikurniakan akal untuk berfikir,kita ni cuma tanah yang hina dan kotor.anda sedar tak?betapa sayangnya kita kepada jasad kita ni?kepada jasad kita yang diperbuat dari tanah ni? "it's just dirt" mungkin bahasa kasarnya.aku pun tanah jee.
aku akui yang aku sangat menyayangi jasadku ni,buka saja almari,cubalah tgk brapa banyak baju yang ada?untuk siapa tu?untuk jasad ku.tgk lah bermacam-macam produk yang dibeli untuk jasad ni.losyen,pencuci muka,ubat jerawat (oops) dll.malah makan,minum dan tidur kita ini untuk jasad kita.aku tak kata ni salah pun,mmg bagus pe,mmg wajib pe kita menjaga jasad kita,ini kan pemberian Allah ,habis takkan nak biarkan busuk dan kotor kan?ye betol betol.
tapi,kita lupakan sesuatu.
roh kita.
roh???bila kak dina mention roh,nak tau apa aku bayang?macam sesuatu yang menyerupai kita yang cam transparent.ingat tak cite mulan?ingat tak scenes yang mulan and naga kecik tu jumpa souls of nenek moyang dia?tulah yang aku bayangkan.
kita kan tak nampak roh tu?ape tu roh?sebelum tu,
Al A'raf :172
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",
roh kita pernah berjanji dengan Allah SWT,sebelum ditiupkan ke dalam jasad kita.tapi kita tak ingatkan?so macam manalah perangai kita kat dunia ni,taktaulah macam mana based on penilaian Allah SWT,wallahualam,tapi yang pasti,roh kita sudah berjanji yang Allah SWT lah Tuhan kita.
roh.roh tu kat mana ye?dalam badan kita?tapi kat mana?kat kaki ke?kat kepala ke?anda rasa di mana?di hati?ye.roh itu di hati.tapi kenapa hati?kenapa bukan otak.ok,based on permahaman saya,pernah tak anda sakit hati?mmg benar-benar marah sgt dengan seseorang.sakit kat mana?kat kepala ke?
evidence yang roh ni kat hati ni ada dalam al-Quran:
Al A'raf :179
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
dlm ayat ni,hati yang digunakan utk memahami ayat-ayat Allah SWT,bukan akal fikiran.
wait a minute!hati tu kat mana?kalauuu based on permahaman anatomy saya,hati tu sama dengan hepar atau liver yg ada kat kanan bawah skit ni haa.hehe,dalam konteks ni,kita bukan lah membicara kan hepar.
hati yang dimaksudkan ini bukan lah organ yang boleh die pegang2 atau di lihat.
hati tu kat mana?
Al Hajj :46
maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
kalau sakit hati,pasti rasa di dada kan?terasa panas,sesak nafas,marah membara-bara.nah,tu la hati kita.so roh ni kat hati la?ni lah based on understanding aku.roh tu made of ape plak?kita dah tau badan ni daripada tanah,tp roh?
Al Israa' :85
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".
roh tu hanya Allah SWT yang tau.so,wallahualam.
so ape lah point aku cite pasal roh ni?yela,sebelum nak bgtau yang kita ni dah abaikan roh kita,kenelah bgtau serba sedikit tentang roh tu.definition dll kan~
ape maksud mengabaikan roh?ape yang kite bleh buat utk roh ni,bukannya nampak pun..makanan roh ni,ibadah,macam sembahyang, puasa, zikir, selawat, baca Quran,berkorban, berjihad, berdakwah dan buat lain-lain kebaikan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.nilah dia makanan roh.
bukan music rock yang kita dengar bila stress,atau bungee jumping utk lepaskan stress.no no no~
okayy,sebut-sebut pasal roh,kak dina mention plak iman.ape kaitan iman and roh?iman tu ape?jawapn buku teks:membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.iman tuh,keyakinan.
iman itu bersatu dengan roh
kak dina cakap,kita bleh check sensitivity iman kita terhadap something,is macam mana kita react to a certain event.contohnyaa,anda minat gilaa dgn twilight,anda naik lah bas ni,nampak org duk sebelah tu dok baca-baca buku eclipse.mesti macam nak tegur je kan?
mcm mana plak kalau org sebelah tu baca buku ilmiah agama Islam?rasa nak tegur ke?mesti reaksi macam-macam.mungkin tidak pandang.kenapa?
sebab kita tend to react more sensitively kalau bende tu berkaitan dengan kita,kan?
so,kita ni takde kaitan dengan Islam ke?
tulah yang kak dina nak provoke kita sume,kite ni dah lupa yang kita ni ada kene mengena dengan islam.
bg aku,mgkin aku dulu lebih sensitif dengan medic ni haa.kalau ada yang duk bincang-bincang,nak gak curi dengar atau myibuk and tanya,mana lah tau dapat ilmu medic.tp x plak kalau ttg ilmu2 agama dulu.
kita tend to fikirkan benda yang kurang pentingnya dari agama kita ini.kalau baca pasal palestin atau perang-perang di middle east pun,mungkin cume kesian,pastu selak page komik atau entertainment kat suratkhabar tu.
so,apa yang kita bleh buat?dari apa yang aku faham lah kan.
aku faham yang aku ni kene sentiasa ingat yang aku ni org ISLAM
aku ni hamba Allah SWT and Dia nampak everything yang aku buat,fikir..
and Islam tu bukanlah just solat,puasa,zakat,haji,pakai tudung,baca al-Quran.
tp,Islam is the way of life.
sekian~
assalamualaikum wbt.
ps:salah silap mohon dimaafkan dan ditunjuk ajar.tq :D
salam...cik mascara,sy suka hasil tulisan kamu.sgt menyentuh hati sy..syabas,teruskan menulis~
BalasPadam-saya sayang kamu- :)
akak pon..terkelu baca tulisan cik mascara..kefahaman yang mantap,subhanallah..teruskan..kuatkan iman,tambahkan amal..=)..saya sayang kamu juga-k.deena
BalasPadam